Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemindahan meter hampir setahun, SEB didesak bertindak segera
  • Utara
  • WILAYAH

Pemindahan meter hampir setahun, SEB didesak bertindak segera

Utusan Sarawak 2 days ago

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, menggesa Sarawak Energy Berhad (SEB) supaya mempercepat dan memperkemas proses pemindahan nama serta pemasangan meter elektrik yang didakwa mengambil masa terlalu lama dan membebankan penduduk.

Menurutnya, aduan berkaitan kelewatan proses tersebut semakin meningkat sejak lawatan pertamanya ke pejabat SEB sebelum ini, dengan ada penduduk memaklumkan bahawa permohonan pemindahan meter mengambil masa sehingga setahun untuk diselesaikan.

“Seorang penduduk berkongsi bahawa proses pemindahan meter dari pemilik lama kepada pemilik baharu mengambil masa hampir setahun.

“Situasi ini amat tidak wajar dan tidak boleh diterima,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan susulan ke Pejabat SEB Wilayah Bintulu, kelmarin.

Jelasnya, antara punca utama kelewatan adalah keperluan pengguna untuk mengemukakan permohonan melalui kontraktor pihak ketiga sebelum dihantar kepada SEB, yang seterusnya menyebabkan maklumat disampaikan secara berperingkat.

“Saya faham pengguna perlu melalui kontraktor, yang kemudiannya mengemukakan permohonan kepada SEB.

“Namun, proses ini terlalu panjang dan tidak efisien.

“SEB perlu mencari jalan untuk mempercepat dan mempermudah urusan ini,” ujarnya.

Dalam pertemuan bersama Ketua Perkhidmatan Pelanggan SEB, Johnny turut menekankan pentingnya SEB bersikap lebih telus dalam memaklumkan status permohonan kepada pengguna.

“Jika permohonan sedang diproses dan dijangka mengambil masa dua minggu, perkara ini perlu dimaklumkan kepada pengguna.

“Ketelusan seperti ini akan membantu meningkatkan kefahaman, kesabaran dan kepercayaan rakyat terhadap SEB,” katanya lagi.

Johnny turut memuji inisiatif aplikasi SEB Care, namun mencadangkan penambahbaikan terutama dengan menambah ciri penjejakan status permohonan secara masa nyata (real-time).

“Saya percaya jika cadangan ini dilaksanakan, ia bukan sahaja akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan, tetapi juga mengembalikan keyakinan penduduk Bintulu terhadap SEB,” tambahnya.

Lawatan ini, ujarnya, mencerminkan komitmen dalam memastikan penyampaian perkhidmatan utiliti asas kepada rakyat Bintulu terus dipertingkat, seiring dengan keperluan dan harapan semasa.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ahli Parlimen Batang Sadong terima kunjungan hormat UKAS Bahagian Samarahan
Next: Huang sampaikan peruntukan MRP kepada 22 komuniti Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.