Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Ausome Park’ simbol sokongan MBKS kepada komuniti autistik
  • TEMPATAN

‘Ausome Park’ simbol sokongan MBKS kepada komuniti autistik

Utusan Sarawak 2 days ago
 PERASMIAN Ausome Park yang disempurnakan oleh Dr Sim di perkarangan MBKS, pagi tadi. Foto UKAS 

KUCHING: Penubuhan ‘Ausome Park’ oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dengan kerjasama Persatuan Autistik Kuching menjadi simbol komitmen ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif, khususnya bagi kanak-kanak autistik dan keluarga mereka.

Taman permainan khas yang terletak di pekarangan Garden Park MBKS itu telah dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang menyifatkan inisiatif tersebut sebagai bukti sokongan nyata kepada komuniti yang sering terpinggir daripada arus pembangunan.

“Taman ini bukan sekadar ruang untuk bermain, tetapi juga berfungsi sebagai bentuk terapi dan pendekatan untuk membantu mereka membina keyakinan dalam berinteraksi dengan masyarakat.

“Peranan masyarakat amat penting kerana setiap bentuk sokongan dan sumbangan mampu membawa perubahan besar dalam kehidupan golongan ini.

“Inisiatif seperti ini perlu didukung oleh semua pihak, bukan hanya bergantung kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis perasmian taman tersebut, pagi tadi.

Dr Sim turut menekankan bahawa usaha seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti autistik, tetapi juga mendidik masyarakat umum tentang pentingnya memahami serta menghormati keperluan individu yang berbeza, sekali gus memupuk sikap empati.

Dalam ucapannya, beliau juga menyeru agar stigma terhadap isu kesihatan mental dan autisme dapat dikikis dan digantikan dengan kesedaran serta penerimaan.

Sementara itu, Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng, berkata pembinaan Ausome Park telah dirancang sejak tahun lalu sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mewujudkan ruang riadah yang mesra dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan kelainan upaya.

“Walaupun tumpuan diberikan kepada kanak-kanak autistik, taman ini juga berperanan sebagai platform kesedaran kepada pengunjung lain yang sering mengunjungi kawasan ini.

“Kita mahu masyarakat sedar bahawa taman seperti ini bukan eksklusif, tetapi inklusif – dibina untuk menyatukan, bukan memisahkan,” jelasnya.

Oleh Amanda L.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP gigih perjuangkan perpaduan, pembangunan Sarawak setelah 66 tahun
Next: BCF 2025 kembali Julai depan, tampilkan budaya tempatan sebagai fokus utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.