Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sultan Brunei puji kepakaran IJN
  • SEMASA

Sultan Brunei puji kepakaran IJN

Utusan Sarawak 2 days ago

Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau juga sempat menziarahi Baginda sebelum keberangkatan pulang. - Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Kualiti perkhidmatan dan kepakaran petugas Institut Jantung Negara (IJN) mendapat pujian Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Sultan Brunei amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kepakaran doktor di IJN sepanjang baginda dirawat di pusat perubatan itu.

Anwar berkata penghargaan itu disampaikan secara peribadi oleh Sultan Brunei ketika beliau menziarahi baginda di IJN petang semalam sebelum baginda berangkat pulang ke Bandar Seri Begawan hari yang sama.

“Baginda menyatakan walaupun baginda mempunyai pengalaman dengan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa dan akses kepada institusi perubatan terbaik dunia namun baginda amat berpuas hati dengan mutu khidmat, kecemerlangan serta kecekapan doktor-doktor kita di IJN,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri 6 di Menara Prasarana, di sini malam ini.

Anwar berkata pujian itu seharusnya menjadi dorongan kepada sektor kesihatan negara serta sektor lain untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan dan tidak sekadar berbangga dengan pencapaian sedia ada.

“Kita harus mengakui kelebihan dan kekuatan yang kita ada, tetapi pada masa sama perlu memandang ke hadapan untuk bersaing secara sihat dengan negara lain. Jangan hanya puas hati, sebaliknya jadikan itu motivasi untuk terus menambah baik,” katanya.

Sultan Hassanal Bolkiah, 78, tiba di Malaysia pada 25 Mei lepas untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei. 

Baginda dilaporkan berehat di IJN pada 27 Mei kerana keletihan.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Saudi Post terbit setem, poskad peringatan musim haji 1446H  
Next: Perbandaran Makkah siapkan rangkaian percahayaan besar-besaran sempena haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.