Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025
  • SUKAN

Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025

Utusan Sarawak 3 days ago
JAGUH skuasy wanita negara S Sivasangari.

KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025 selepas menewaskan pemain Jepun Satomi Watanabe di Birmingham pada Selasa.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi sebelum berjaya mengetepikan pilihan ketujuh kejohanan 11-9, 11-9, 4-11, 11-4 dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.

Sivasangari yang menduduki ranking kesembilan dunia itu bermula agak baik apabila mendominasi dua set pertama namun Watanabe bangkit memberikan tentangan sengit untuk menguasai set ketiga.

Pada set penentuan, pemain kelahiran Kedah itu kembali tenang dan terus menguasai permainan untuk mengesahkan slot suku akhir menjadi miliknya.

Sivasangari dijadualkan berdepan pilihan keempat dari Mesir, Amina Orfi pada aksi suku akhir, esok.

– Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Terbuka Indonesia 2025: Tang Jie-Ee Wei lepasi halangan pertama
Next: Rookies Cup: Hakim Danish tekad ulangi kejayaan di Litar Aragon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.