Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP gigih perjuangkan perpaduan, pembangunan Sarawak setelah 66 tahun
  • TEMPATAN

SUPP gigih perjuangkan perpaduan, pembangunan Sarawak setelah 66 tahun

Utusan Sarawak 3 days ago
ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang ketika baca teks ucapan Dato Sri Lee Kim Shin pada Majlis Pengibaran Bendera di sini, hari ini. Foto UKAS

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus gigih dalam memperjuangkan perpaduan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat Sarawak sejak ditubuhkan 66 tahun lalu kata Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Miri-Sibuti (MSPLC) itu berkata, ulang tahun ke-66 penubuhan SUPP bukan sekadar simbol sejarah, tetapi peringatan terhadap perjuangan, jasa pemimpin terdahulu dan tanggungjawab yang harus diteruskan oleh generasi hari ini.

“Sejak ditubuhkan pada tahun 1959, SUPP sentiasa menjadi suara lantang memperjuangkan hak rakyat Sarawak. Bendera yang kita kibarkan hari ini melambangkan komitmen kita bersama untuk membina Sarawak yang lebih kukuh, inklusif dan progresif,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Datuk Bandar Miri, merangkap ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang pada Majlis Pengibaran Bendera di sini, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa sejak penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 2018, SUPP bersama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) telah melakar pelbagai pencapaian besar demi kemajuan Sarawak.

Antaranya termasuk pembangunan pelabuhan laut dalam di Bintulu, perancangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu, sistem ART di Kuching dan penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak, Air Borneo.

Dalam sektor ekonomi, beliau menyatakan bahawa pengambilalihan saham Bank Affin oleh kerajaan Sarawak dan penubuhan Sarawak Sovereign Wealth Future Fund adalah langkah berani ke arah menjamin masa depan kewangan negeri.

Selain itu, beliau memberitahu Sarawak juga terus memacu pembangunan modal insan melalui pendidikan percuma di universiti milik kerajaan negeri seperti Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Curtin dan Kolej Universiti i-CATS, serta penubuhan sekolah antarabangsa milik kerajaan.

Ujarnya, bagi menjaga kebajikan rakyat, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan seperti Kad Kenyalang Emas, bantuan tunai RM1,200 untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT), baucar buku RM500, diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pemberian komputer riba percuma kepada keluarga B40.

Komitmen terhadap pembangunan lestari turut diteruskan katanya, menerusi pelaburan dalam tenaga hidro, hidrogen hijau dan sumber boleh diperbaharui, meletakkan Sarawak sebagai peneraju tenaga hijau serantau.

Beliau berkata, semua inisiatif tersebut selari dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai sebuah wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli SUPP dan rakyat Sarawak untuk terus berganding bahu demi memastikan tiada siapa yang tertinggal dalam arus pembangunan.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SUPP celebrates 66 years old 
Next: ‘Ausome Park’ simbol sokongan MBKS kepada komuniti autistik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.