Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Akauntan rugi RM50,000 terpedaya pelaburan dalam talian
  • JENAYAH

Akauntan rugi RM50,000 terpedaya pelaburan dalam talian

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Pelbagai nasihat telah diberikan, namun masih ramai yang terus menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pada 3 Jun lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Sibu telah menerima satu laporan polis daripada seorang tempatan telah mengalami kerugian sebanyak RM50,000 setelah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian.

Menurutnya, mangsa warga tempatan berusia dalam lingkungan 30an merupakan seorang akauntan telah melayari laman sosial Facebook dan berminat untuk mengikuti kursus bursa saham Malaysia yang menawarkan pembelajaran berkaitan analisis teknikal dagangan dan analisis harian.

“Mangsa kemudiannya menekan pautan yang disediakan dan terus berhubung dengan seorang wanita yang menyamar sebagai ejen Aham Capital yang memperkenalkan dirinya sebagai “Gennie” melalui aplikasi Whatsapp. 

“Suspek kemudiannya memaklumkan bahawa pihak mereka mempunyai satu lagi platform pelaburan bernama Tower Capital Asia (TCA) dan menyatakan bahawa setiap keuntungan dari platform TCA perlu membayar komisen sebanyak 15 peratus kepada Aham Capital. 

“Mangsa tertarik lalu bersetuju untuk melabur di platform tersebut dan membuat pembayaran pelaburan secara berperingkat bagi mendapatkan keuntungan yang dijanjikan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, bermula dari tempoh 21 sehingga 27 Mei mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak tiga kali transaksi secara kesuluruhan berjumlah RM50,000 ke dalam dua akaun tempatan yang berlainan. 

“Setelah pemindahan wang berjaya dibuat, mangsa mendapati wang keuntungan terkumpul hasil pelaburan adalah sebanyak RM101,372.81 seperti mana tertera dilaman sesawang platform TCA namun tidak dapat dikeluarkan.

“Laman sesawang tersebut menyatakan bahawa mangsa dikehendaki menambah wang pelaburan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan keuntungan terkumpul tersebut. 

“Mangsa berasa curiga lalu hadir ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis. Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki tertembak rakan sendiri ketika memburu
Next: Polis tahan pelakon, penyanyi terkenal untuk siasatan kes amang seksual

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.