Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor periksa alat keselamatan di premis, elak risiko kebakaran
  • WILAYAH

BBP Bintangor periksa alat keselamatan di premis, elak risiko kebakaran

Utusan Sarawak 3 days ago
PERIKSA….Pemeriksaan MBK oleh pasukan bomba di premis-premis sekitar pekan Bintangor. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sepasukan bomba telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di premis-premis kawasan jagaan. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata pemeriksaan MBK dijalankan di tiga buah premis sekitar pekan Bintangor, baru-baru ini. 

“Sepasukan bomba bertugas menjalankan pemeriksaan di premis-premis tersebut. 

“Pemeriksaan dijalankan bermula 9.00 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Tambahnya, pemeriksaan adalah bagi memastikan alat-alat keselamatan kebakaran di premis-premis tersebut berfungsi dengan baik. 

“Antara premis diperiksa termasuk premis yang sering menjadi tumpuan orang ramai. 

“Pemeriksaan ini bertujuan agar pengunjung yang datang berkunjung akan berasa selamat apabila berada di dalam premis-premis tersebut. 

“Selain itu, pemeriksaan ini juga dapat memastikan pemilik premis sentiasa mematuhi peraturan keselamatan kebakaran di premis mereka,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Bintangor pantau paras air Sungai Rajang, keadaan terkawal
Next: Generasi muda digalak terus kekalkan warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.