Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Malaysia-UK perkukuh kerjasama strategik pengurusan bencana, perubahan iklim
  • SEMASA

Malaysia-UK perkukuh kerjasama strategik pengurusan bencana, perubahan iklim

Utusan Sarawak 4 days ago
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri) mempengerusikan pra-mesyuarat bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja empat hari beliau ke United Kingdom (UK). Foto Bernama

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Menteri Alam Sekitar, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar United Kingdom (UK) Steve Reed semalam, untuk membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan UK.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah pengurusan bencana dan air bersih serta keperluan teknologi baharu dalam meningkatkan kesiapsiagaan negara terhadap perubahan iklim dunia.

“Kita ketahui soal-soal begini ada hubung kait secara langsung dengan kehidupan manusia, beberapa pendekatan mesti dilakukan secara menyeluruh bagaimana pemanasan global dan masalah perubahan iklim mempengaruhi hidup manusia.

“Seperti kita tahu di sini (UK), pencemaran sungai telah menjadi sejarah, tetapi di negara kita masih lagi berlaku, kesedaran awam mengenainya mesti ditingkatkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Malaysia di UK, di sini. 

Dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pemimpin turut menyentuh tentang kerjasama dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta industri halal global.

“Saya percaya pertemuan ini membuka ruang baharu dalam memacu kerjasama Malaysia–UK ke tahap yang lebih strategik, khususnya dalam membina masa depan inklusif, mampan dan berdaya tahan,” kata beliau. 

Dalam pada itu, beliau menekankan pentingnya menyemai semangat kekitaan secara berterusan dalam kalangan pelajar tajaan MARA di luar negara supaya mereka kembali dan menyumbang tenaga kepada tanah air.

Beliau berkata pelajar berkenaan memerlukan pendedahan bahawa walaupun purata gaji lebih tinggi di UK, mereka perlu menyumbang kepada pembangunan negara. 

“Hal ini perlu supaya mereka akan dapat berikan sumbangan dan tidak pernah lupa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” katanya.

Ahmad Zahid kini dalam rangka lawatan kerja ke UK selama empat hari berakhir esok.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Gempa bumi kuat landa Kepulauan Dodecanese, Greece
Next: Lebih 38,000 ekor lembu dibekal untuk ibadah korban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.