Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tragedi kuari Cirebon, satu lagi mayat ditemukan
  • GLOBAL

Tragedi kuari Cirebon, satu lagi mayat ditemukan

Utusan Sarawak 4 days ago
PASUKAN penyelamat membawa beg mayat semasa mereka mencari mangsa pada hari keempat selepas kejadian runtuhan batu yang mengorbankan 21 orang dan menyebabkan empat lagi hilang di sebuah kuari batu kapur di Cirebon, Jawa Barat, hari ini. Foto AFP

JAKARTA: Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di kuari batu Gunung Kuda, Jawa Barat ditemukan, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu kini adalah 20 orang, menurut agensi bencana Indonesia pada Isnin.

Mangsa, seorang lelaki berusia 51 tahun dari kampung Girinata di daerah kecil Dukuputang ditemukan pasukan penyelamat sekitar 10.30 pagi waktu tempatan, kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari.

“Lima orang masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tanah runtuh yang melanda kuari batu kapur di Kabupaten Cirebon pada 30 Mei lepas menyebabkan puluhan pekerja tertimbus di bawah runtuhan batu.

Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan darurat dari 30 Mei hingga 6 Jun, dengan pasukan polis, tentera dan penyelamat berganding bahu dalam operasi menyelamat.

BNPB turut menggesa pasukan penyelamat mengutamakan aspek keselamatan susulan kebimbangan akan berlaku runtuhan susulan, manakala penduduk berhampiran kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada dan menjauhi lokasi kejadian. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kapal Persiaran Regatta bawa 620 penumpang ke Xiamen
Next: Tragedi Kuari Cirebon: Satu lagi mayat mangsa ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.