Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Amalan ‘ngabang’ terus subur
  • Tengah
  • WILAYAH

Amalan ‘ngabang’ terus subur

Utusan Sarawak 4 days ago
DATUK Mohamad Razi Sitam mengadakan kunjungan ke rumah panjang Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu di Danau Ulu, Paku, hari ini. Foto ADUN Saribas

SPAOH: Budaya ‘ngabang’ atau kunjung-mengunjungi terus menjadi amalan subur masyarakat pelbagai kaum setiap kali menjelang musim perayaan.

Tidak hanya pada perayaan Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak yang disambut 1 Jun setiap tahun juga disambut meriah bersama dengan sahabat handai serta ahli keluarga meskipun ada antara mereka merupakan masyarakat berlainan agama dan bangsa.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam hari ini berkata beliau telah mengadakan kunjungan ke rumah panjang Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu di Danau Ulu, Paku.

Kunjungan yang diadakan sekali gus memperlihatkan keunikan masyarakat di sini yang terus mengekalkan perpaduan dan semangat toleransi sesama mereka.

“Perkara wajib pada perayaan Gawai Dayak di negeri ini ialah pengunjung berbilang kaum disambut dengan tarian tradisional ngajat dan persembahan muzik tradisional selain juadah makanan tempatan yang dihidangkan kepada para tetamu,” katanya.

Razi turut menggesa agar rakyat di negeri ini bersama-sama mengekalkan budaya ‘ngabang’ seperti ini walaupun kita berlainan cara hidup, budaya dan kepercayaan.

“Ia akan membuat kita lebih menghargai serta memerlukan satu sama lain sekali gus melahirkan sifat bantu membantu dalam banyak perkara,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menjelaskan, perayaan yang pelbagai di Malaysia termasuk perayaan Gawai Dayak telah berjaya menyatukan masyarakat pelbagai kaum.

“Perayaan Gawai Dayak sudah terbukti bukan sahaja mampu mempromosikan budaya masyarakat Dayak kepada masyarakat lain, malah ia dapat mengukuhkan lagi ikatan perpaduan antara kaum demi kesejahteraan bersama,” tambahnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan ‘Dau Pebeke Tawai’ tonjol semangat bersatu hati
Next: Rumah Terbuka Gawai erat perpaduan penduduk berbilang kaum

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.