Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Brarak dan Bipajak Gawai Bisegu dicadang masuk Kalendar Pelancongan Sarawak
  • TEMPATAN

Brarak dan Bipajak Gawai Bisegu dicadang masuk Kalendar Pelancongan Sarawak

Utusan Sarawak 4 days ago
HADIR… Ketibaan Datuk Dr Jerip Susil disambut meriah. Foto UKAS

PADAWAN: Program kebudayaan Brarak dan Bipajak Gawai Bisegu yang dianjurkan oleh Persatuan Segu Bunuk dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam Kalendar Pelancongan Sarawak.

Cadangan ini dilihat sebagai langkah strategik untuk memartabatkan acara tersebut sebagai produk pelancongan budaya berskala besar di negeri ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil berkata, peningkatan sambutan tahunan terhadap program tersebut menunjukkan potensinya sebagai acara pelancongan komuniti yang signifikan.

“Tahun lalu, acara perarakan yang merupakan sebahagian daripada program ini hanya disertai oleh enam kontinjen.
Namun, tahun ini jumlah itu melonjak kepada 21 kontinjen dengan anggaran penyertaan antara 2,000 hingga 3,000 peserta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Brarak dan Bipajak Gawai Bisegu di Kampung Segu Benak hari ini.

SALAH satu kontinjen mengadakan persembahan.

Menurut beliau, pertambahan jumlah penyertaan jelas membuktikan daya tarikan program tersebut dan menyokong usaha untuk memperkenalkannya secara lebih meluas kepada pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Beliau menegaskan, pihaknya kini merancang untuk menjadikan perarakan Gawai ini sebagai acara tahunan rasmi dalam kalendar pelancongan negeri.

“Setiap tahun, program ini akan dipertingkatkan dan diperkemaskan dari semasa ke semasa, berdasarkan sambutan dan penglibatan masyarakat.

“Dengan penyertaan 21 kontinjen pada tahun ini, kami yakin program ini akan terus berkembang dan merangkumi pelbagai aktiviti menarik pada masa hadapan,” ujarnya.

Menurut beliau, selain memupuk kesatuan dalam kalangan komuniti Bidayuh, program seumpama ini turut berperanan besar dalam memperkenalkan budaya tempatan kepada pelancong luar, menjadikannya medium pelancongan budaya yang berdaya saing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu turut menambah bahawa penganjuran acara seperti ini memberi ruang kepada masyarakat untuk menampilkan identiti budaya mereka, termasuk pakaian tradisional serta semangat perpaduan.

“Gawai adalah masa untuk kita berkumpul dan meraikan secara bersama. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana masyarakat sedar bahawa musim Gawai adalah masa terbaik untuk bersatu,” katanya lagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin; Pegawai Tadbir Khas Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) dan Datu Ik Pahon Joyik. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah singgah di Pusat Penjaja Kampung Buntal
Next: Harimau dahan dilihat berkeliaran di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.