Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Sambutan ‘Dau Pebeke Tawai’ tonjol semangat bersatu hati
  • WILAYAH

Sambutan ‘Dau Pebeke Tawai’ tonjol semangat bersatu hati

Utusan Sarawak 4 days ago
ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berucap merasmikan Hari Sukan sempena Dau Pebeke Tawai Lebu’ Kulit 2025 di Padang Lebu’ Kulit, Apau Koyan di Belaga, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum

BELAGA: Perpaduan dalam kepelbagaian menjadi asas kekuatan komuniti Lebu’ Kulit apabila masyarakat pelbagai latar belakang menyertai sambutan Hari Sukan sempena ‘Dau Pebeke Tawai Lebu’ Kulit 2025’ di Padang Lebu’ Kulit, Apau Koyan di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata, aktiviti bersifat inklusif seperti sukan mampu mengukuhkan keharmonian dan kekuatan komuniti.

“Semoga usaha kita ini menjadi satu langkah positif ke arah memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian dan kekuatan komuniti kita khasnya di Lebu’ Kulit Apau Koyan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, sambutan ‘Dau Pebeke Tawai’ yang bermaksud Hari Bersatu Hati dan ‘Pelepek Uman’ sebagai perayaan kesyukuran selepas menuai, membawa mesej penting tentang penyatuan dan penghargaan terhadap hasil usaha bersama.

“Ia mengingatkan kita bahawa dalam kepelbagaian peribadi, prinsip, fahaman, kita tetap bersatu hati, jiwa, semangat dan cita-cita untuk membangun komuniti yang harmoni dan maju.

“Perpaduan dalam kepelbagaian adalah kekuatan utama kita. Ia mengajar kita bahawa keberhasilan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh mana kita mampu bersatu hati, menghormati perbezaan dan bekerjasama dengan ikhlas,” katanya lagi.

Chukpai menambah dalam konteks masyarakat Lebu’ Kulit yang kaya dengan adat dan budaya, asas perpaduan amat penting untuk menjamin kemajuan bersama secara berterusan.

“Semoga program ini memberi manfaat dan memperkukuh lagi ikatan perpaduan dalam komuniti kita dalam usaha untuk membina masyarakat yang bersatu, aman, maju dan makmu,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti sukan dianjurkan sepanjang sambutan, yang menjadi platform membina semangat kesukanan, kebersamaan, dan mempererat hubungan antara generasi dalam komuniti luar bandar.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perayaan ‘Tau Pelepek Uman’ lambang perpaduan, warisan budaya Kenyah
Next: Amalan ‘ngabang’ terus subur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.