Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perayaan ‘Tau Pelepek Uman’ lambang perpaduan, warisan budaya Kenyah
  • WILAYAH

Perayaan ‘Tau Pelepek Uman’ lambang perpaduan, warisan budaya Kenyah

Utusan Sarawak 4 days ago
ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon berucap semasa sambutan Perayaan Tau Pelepek Uman 2025 di Dewan Lamin Adet Bangen Kimet Uma Baha Apau Koyan di Belaga, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum

BELAGA: Perayaan ‘Tau Pelepek Uman’ bukan sekadar tradisi pasca menuai, malah menjadi simbol kekuatan jati diri dan perpaduan masyarakat Kenyah dalam melestarikan budaya warisan nenek moyang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon berkata perayaan seumpama itu perlu diteruskan dan diperkasakan agar nilai serta identiti budaya tidak pupus ditelan zaman.

“Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan perayaan ini khasnya kepada BLOK D, E, F sebagai penganjur perayaan pada tahun ini dan juga semua pihak yang turut memberi kerjasama yang amat baik dalam menjayakan perayaan ini.

“Perayaan ‘Tau Pelepek Uman’ merupakan perayaan selepas musim menuai padi oleh suku kaum Kenyah Uma Baha yang dirayakan sejak turun temurun. 

“Semoga perayaan seperti ini terus dilestarikan agar menjadi identiti dan tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika berucap pada perayaan ‘Tau Pelepek Uman 2025 Uma Baha Apau Koyan’ yang diadakan di Dewan Lamin Adet Bangen Kimet Uma Baha Apau Koyan, baru-baru ini.

Perayaan tersebut turut menampilkan pelbagai acara kesyukuran, upacara pemberkatan, persembahan kesenian dan kebudayaan yang mencerminkan kekayaan adat serta semangat komuniti Orang Ulu, khususnya suku Kenyah Uma Baha.

Sambutan pada tahun ini dikendalikan oleh blok D, E dan F dengan penglibatan aktif penduduk pelbagai peringkat usia, menjadikan ia medan penyatuan serta pemindahan nilai budaya kepada generasi muda.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong meriahkan sambutan Gawai Dayak di 17 rumah panjang
Next: Sambutan ‘Dau Pebeke Tawai’ tonjol semangat bersatu hati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.