Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Jemarahan’, penduduk Samarahan luahkan keperitan hadapi kesesakan
  • TEMPATAN

‘Jemarahan’, penduduk Samarahan luahkan keperitan hadapi kesesakan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TINJAUAN kesesakan lalu lintas sekitar Kuching – Samarahan Expressway.
KARIM Seli, 64, penduduk lama menetap di Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Istilah ‘Jemarahan’, gabungan perkataan ‘jem’ dan ‘Samarahan’, kini semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan yang semakin bosan dengan kesesakan lalu lintas luar biasa di sini.

Dari warga emas hinggalah pelajar universiti, semua terpaksa menyusun semula rutin harian akibat terlalu banyak masa yang terbuang di jalan raya.

Karim Seli, 64, menyifatkan situasi sekarang jauh lebih teruk berbanding dahulu dan semua perjalanan tidak dapat bersantai dan perlu dirancang.

“Sekarang kesesakan jalan raya semakin teruk. Dulu saya memandu dari Samarahan ke Kuching sangat tenang, tak membuang masa.

SHARIFAH Norsakeeni Wan Salem, 34 tahun.

“Sekarang nak ke Kuching pun kadang kala rasa malas. Lebih baik duduk di rumah atau buat urusan di Samarahan sahaja sebab jem di sini tak dapat dijangka, tak kira waktu.

“Dahulu tak perlu rancang masa nak ke pasar. Sekarang kalau keluar rumah 4.00 petang, dah mula jem. Sampai ke pasar di Kuching pun dah malam, tak sempat apa-apa.”

Sharifah Norsakeeni Wan Salem, 34, bersetuju bahawa pembangunan pesat dan peningkatan kenderaan adalah punca utama kesesakan lalu lintas di Samarahan.

NURQAMARINA, 24 tahun.

“Orang ramai dah ada kenderaan sendiri. Populasi meningkat, pengguna jalan pun bertambah.

“Jalan Kuching–Samarahan ni memang patut ditambah lorong, dibina flyover dan diperbaiki dari segi pengurusan trafik. Lampu isyarat di sekitar Samarahan pun terlalu banyak dan terlalu dekat antara satu sama lain. Sistem ni memang perlu diperbaiki dengan lebih baik lagi,”

“Kadang-kadang rasa stress. Jarak dari Samarahan ke Kuching sepatutnya 45 minit, tapi sebab jem boleh jadi tiga jam. Tak kira waktu kemuncak memang sentiasa jem,” jelasnya.

Selain itu, Nurqamarina, 24, yang berulang-alik dari Samarahan ke Tabuan, Kuching, terpaksa merancang waktu perjalanan dengan lebih teliti.

“Kalau ada temu janji 9.00 pagi, saya kena keluar seawal 7.00 pagi pada hari biasa. Hujung minggu bolehlah lewat sikit, biasanya saya keluar 8.00 pagi kalau naik motosikal.

REINHOLD Carlos, 23 tahun.

“Itupun guna motosikal perjalanan agak lambat sebab motosikal pun jem,” tambahnya.

Seorang pelajar di Unimas Reinhold Carlos, 23, pula memberitahu dia perlu keluar seawal dua atau satu jam lebih awal untuk mengelakkan kelewatan ke kelas.

“Setakat ini saya belum pernah terlepas kelas atau peperiksaan sebab saya jaga pengurusan masa. Tapi jem tetap beri kesan.

“Kadang-kadang rasa malas nak memandu ke kelas atau ke mana-mana, terutama pada waktu sibuk. Bila sampai ke kelas pun dah letih sebab terpaksa hadap jem,” ujarnya.

Kesesakan lalu lintas di Samarahan bukan lagi isu kecil dan ia sudah jadi fenomena harian yang menggugat kesihatan mental, fizikal, dan rutin hidup masyarakat.

Rata-rata penduduk mencadangkan pembinaan flyover, penambahan laluan alternatif, atau pembaikan sistem lampu isyarat sebelum ‘Jemarahan’ terus menjadi teruk pada masa akan datang dan menjadi beban hidup penduduk sekitar

Oleh Masrin Affirah

KESESAKAN lalu lintas di Samarahan bukan lagi isu kecil dan ia sudah jadi fenomena harian.
Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SIYFC25 angkat Sarawak sebagai destinasi pelancongan sukan Asia Tenggara
Next: Hope Place bantu Sediah Sta di Bandar Baru Semariang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.