
Beckham sifatkan pemain sekarang kurang beradap. - Foto AFP
LONDON: David Beckham melancarkan kritikan pedas terhadap kegagalan pemain Manchester United yang berkelakuan tidak wajar ketika berada di Malaysia.
Legenda Red Devils itu menyifatkan tingkah laku bintang United kebelakangan ini dianggap sebagai “tidak boleh diterima”.
Beckham pernah memenangi enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika zaman gemilangnya di Old Trafford.
Namun, bekas pemain tengah England itu nyata kecewa dengan generasi sekarang, malah menuduh mereka sebagai kurang beradab.
United dalam siri jelajah pasca pra musim yang kurang menjadi, merangkumi lawatan ke Kuala Lumpur dan Hong Kong.
Beberapa pemain dirakam menunjukkan isyarat lucah jari tengah.
Kejadian itu berlaku selepas musim yang mengecewakan, apabila United gagal merangkul sebarang kejuaraan dan menamatkan saingan di tangga ke-15 EPL.
Beckham berkata: “Ini adalah masa yang sukar (untuk United).
Saya tidak suka melihat apa yang sedang berlaku di kelab.
“Aksi di atas padang itu penting, tetapi secara jujurnya saya melihat banyak perkara yang tidak betul sebagai seorang peminat dan pencinta Manchester United.
“Anda mewakili lambang kelab. Itu yang paling utama. Saya melihat banyak tingkah laku pemain yang tidak menunjukkan adab yang sepatutnya.”
United memulakan perjalanan pergi dan balik sejauh 6678.78 kilometer (km) ke Malaysia sejurus tamat musim EPL pada 25 Mei lalu.
Alejandro Garnacho terbabit dalam pertelingkahan dengan peminat selepas kelihatan bosan dan tidak berminat ketika sesi bertemu peminat.
Pemain Argentina itu, bersama Amad Diallo, turut dirakam menunjukkan isyarat jari tengah kepada beberapa penyokong.
Beckham menambah: “Kami dahulu sebahagian daripada pasukan yang sangat beradab.”