Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 30 Terbunuh, lebih 150 cedera ditembak tentera Israel
  • GLOBAL

30 Terbunuh, lebih 150 cedera ditembak tentera Israel

Utusan Sarawak 5 days ago
PENDUDUK Palestin menolak kereta dengan mayat selepas orang ramai dilaporkan terkena tembakan Israel berhampiran pusat pengedaran makanan di Rafah di selatan Semenanjung Gaza hari ini. Foto AFP

ANKARA: Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 150 lagi cedera hari ini selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang awam yang sedang mendapatkan bantuan di Al-Mawasi, barat Rafah di selatan Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut saksi, orang ramai berkumpul sejak awal pagi di pusat pengagihan bantuan “Gaza Humanitarian Foundation”.

Ketika mereka menghampiri lokasi berkenaan, kenderaan tentera Israel melepaskan tembakan dan dron dilaporkan mengugurkan bahan letupan, menyebabkan jumlah korban yang tinggi, kata saksi.

Sumber perubatan mengesahkan mayat sekurang-kurangnya 30 orang serta puluhan yang cedera dibawa ke Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis dan ke hospital medan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di bandar itu.

Dalam laporan awal, Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan bahawa seramai 179 mangsa dibawa ke hospital tempatan, termasuk 21 disahkan meninggal dunia, lima tidak menunjukkan tanda masih hidup dan 30 lagi dalam keadaan kritikal, selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai di pusat pengagihan bantuan di kawasan Al-Alam, Rafah.

Seorang pegawai perubatan menyifatkan keadaan di sekitar pusat bantuan itu sebagai “amat berbahaya” dan memaklumkan bahawa ambulans sukar sampai ke lokasi akibat tembakan berterusan.

Pada masa sama, tentera Israel turut melepaskan tembakan ke arah orang awam yang menghampiri satu lagi pusat bantuan yang disokong Amerika Syarikat (AS) berhampiran koridor Netzarim di tengah Gaza.

Menurut sumber perubatan di Hospital Al-Awda di kem Nuseirat, sekurang-kurangnya seorang rakyat Palestin terbunuh dan 20 yang lain cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai berhampiran pintu masuk ke kem Al-Bureij.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza pada Ahad berkata Israel “menggunakan bantuan kemanusiaan secara sistematik dan berniat jahat sebagai senjata perang untuk memeras ugut rakyat yang kelaparan dan memaksa mereka berkumpul di kawasan terbuka yang terdedah kepada serangan maut.”

Kematian hari ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh berhampiran lokasi pengagihan bantuan kepada 39 orang dalam tempoh kurang seminggu, dengan lebih 220 lagi cedera dalam tempoh sama, menurut kiraan Anadolu berdasarkan sumber Palestin.

Inisiatif bantuan AS yang dilancarkan kira-kira seminggu lalu di bawah nama “Gaza Humanitarian Foundation” menerima kritikan meluas daripada komuniti Palestin dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa.

Banyak pihak mempersoalkan motif projek itu yang beroperasi di luar rangka kerja bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan tidak memenuhi piawaian kemanusiaan antarabangsa.

Sejak 2 Mac, Israel telah menutup semua lintasan sempadan, menghalang kemasukan makanan, ubat-ubatan, bahan api dan keperluan asas lain untuk 2.4 juta penduduk Gaza.

Israel melancarkan serangan ketenteraan dahsyat ke atas Gaza sejak Oktober 2023, mengorbankan hampir 54,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi bantuan memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan lebih dua juta penduduk wilayah itu.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hasina didakwa atas jenayah terhadap kemanusiaan di Tribunal Bangladesh
Next: Ribuan sambut wira PSG di Champs-Elysees

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.