Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Izz Naqiuddin rangkul gelaran setelah tewaskan idola
  • SUKAN

Izz Naqiuddin rangkul gelaran setelah tewaskan idola

Utusan Sarawak 5 days ago
ATLET boling Lelaki negara, Izz Naqiuddin Putera Islahuddin merangkul gelaran Juara kategori Masters Terbuka pada Kejohanan Boling Terbuka Kuala Lumpur 2025 di Sunway Megalanes, hari ini. Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Atlet boling muda negara, Izz Naqiuddin Putera Islahuddin mempamerkan aksi cemerlang di laman sendiri untuk menjuarai Final Terbuka Masters pada Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Kuala Lumpur 2025, yang berlangsung di Sunway Megalanes di sini hari ini.

Izz Naqiuddin, 21, mencatat 1,993 jatuhan pin untuk menewaskan Ahmad Azriq Izam di tempat kedua (1,951) dan Ahmad Aidil Abdul Halimdi tempat ketiga (1,882).

Lebih mengujakan apabila dia berjaya menewaskan idolanya, juara dunia 2018 Muhammad Rafiq Ismail yang menamatkan saingan di tempat ke-16 dengan 1,732 jatuhan pin.

“Memang rasa sangat puas dan teruja sebab berjaya kalahkan idola saya. Ini merupakan kemenangan kedua saya ke atas Muhammad Rafiq selepas kali pertama di Singapura.

ATLET boling Lelaki negara, Izz Naqiuddin Putera Islahuddin menampilkan aksi cemerlang untuk merangkul gelaran Juara kategori Masters Terbuka selepas mencatatkan 1,993 jatuhan pin pada Kejohanan Boling Terbuka Kuala Lumpur 2025 di Sunway Megalanes, hari ini. Foto BERNAMA

“Lebih manis, ini juga gelaran sulung saya di Sunway sejak mula berlatih di sini ketika berusia 19 tahun,” katanya kepada pemberita.

Izz Naqiuddin berkata kejayaan kali ini adalah hasil fokus terhadap permainan sendiri tanpa melakukan banyak perubahan serta mengekalkan tahap konsistensi sepanjang kejohanan.

Membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, dia memberi penilaian ‘10/10’ terhadap persembahan hari ini yang merupakan gelaran ketiga sepanjang kariernya selepas menjuarai Pesta Boling Antarabangsa Pulau Pinang 2023 dan Singapura 2024.

Dalam saingan wanita, atlet negara Nur Syazwani Sahar muncul sebagai pemain wanita terbaik dengan catatan 1,776 jatuhan pin.

“Secara keseluruhan permainan saya adalah baik tapi disebabkan ‘bad pair’, prestasi saya sedikit merosot dalam game 1 hingga 5. Tapi di game terakhir saya berjaya bangkit semula.

“Selepas ini saya akan ke Terbuka Singapura dan menyasarkan untuk berada dalam kelompok 10 terbaik,” ujarnya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tanpa Kylian Mbappe, PSG tetap gah
Next: Atlet lempar cakera, Irfan buru rekod kebangsaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.