Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tanpa Kylian Mbappe, PSG tetap gah
  • SUKAN

Tanpa Kylian Mbappe, PSG tetap gah

Utusan Sarawak 5 days ago
Pemain PSG, Desire Doue meraikan gol kedua pasukannya.
Kylian Mbappe
Luis Enrique, menjulang trofiĀ 

PARIS: Ketika Luis Enrique mendakwa awal 2024 bahawa Paris Saint-Germain (PSG) akan menjadi lebih baik tanpa Kylian Mbappe, ramai menganggapnya sebagai satu bentuk ego atau alasan awal untuk kegagalan.

Namun selepas kemenangan mengejut 5-0 ke atas Inter Milan dalam aksi final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Munich, ramalan Enrique terbukti bukan sekadar cakap kosong, tetapi satu visi yang telah menjadi kenyataan.

Kejayaan itu bukan sekadar gelaran UCL pertama buat PSG, tetapi simbol transformasi total daripada kelab yang sebelum ini bergantung kepada bintang ternama kepada pasukan berteraskan struktur, disiplin dan semangat berpasukan.

Musim kedua Enrique di Parc des Princes menyaksikan kelab itu muncul juara Eropah buat pertama kali, dengan barisan pemain termuda dalam kelompok 16 terbaik musim ini, termasuk sensasi remaja Perancis, Desire Doue, yang mencetak dua gol dalam aksi final.

Ketiadaan Mbappe yang berhijrah ke Real Madrid musim panas lalu pada mulanya mencetuskan keraguan besar, kerana beliau sebelum ini adalah penjaring terbanyak kelab enam musim berturut-turut dan ikon utama projek mega PSG.

Permulaan hambar musim ini, termasuk hanya satu kemenangan daripada lima aksi kumpulan UCL, memperkuatkan lagi andaian bahawa PSG akan karam di pentas Eropah tanpa kehadiran bintang utama mereka.

Namun, kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich pada November menjadi detik kebangkitan. Enrique mengadakan pertemuan tertutup bersama pemain dan staf, memberi amaran agar mereka tingkatkan komitmen atau melihatnya berundur.

Kebangkitan sebenar bermula pada Januari, apabila PSG bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Manchester City 4-2. Kemenangan itu menjadi titik tolak perubahan dramatik yang menjadikan mereka pasukan yang sukar digugat.

Dari situ, PSG mempamerkan aksi konsisten dengan menyingkirkan kelab besar seperti Liverpool, Aston Villa dan Arsenal sebelum membenam Inter di pentas final. Kejayaan ini tidak hadir kerana kehadiran bintang, tetapi hasil daripada sistem kukuh yang dibentuk Enrique.

Dalam masa dua musim, Luis Enrique bukan sahaja membawa kejuaraan yang selama ini dikejar pemilik Qatar Sports Investments sejak 2011, malah mengubah DNA PSG daripada kelab penuh ego kepada pasukan yang bermain dengan jiwa dan disiplin sebenar bola sepak. – AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik ‘mandi peluh’ sebelum mara ke final terbuka Singapura
Next: Izz Naqiuddin rangkul gelaran setelah tewaskan idola

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.