Surau Darul Makmur Kampung Tanjung Belipat terima sumbangan van jenazah

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH… Datuk Rosey menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Surau Darul Makmur Kampung Tanjung Belipat, Mohamad Abdul Rizza Kapeh di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu semalam.

BATU NIAH: Surau Darul Makmur Kampung Tanjung Belipat di sini telah menerima sumbangan berupakan sebuah van jenazah untuk memudahkan pengurusan pengangkutan jenazah di kampung itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata sumbangan itu adalah daripada Badan Amal Kebajikan Islam Petronas (BAKIP).

“Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd – Sarawak Asset Noriani Yati Mohamad dan Pengurus Jabatan Stakeholder Management dan Pentadbiran – Sarawak Asset Suryani Dohan di Kuching pada 26 Mei lalu.

“Semalam saya telah menyampaikannya kepada Pengerusi Surau Darul Makmur Kampung Tanjung Belipat iaitu Mohamad Abdul Rizza Kapeh,” jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu sangat bersyukur dan terima kasih kepada pihak penyumbang Badan Amal Kebajikan Islam Petronas.

Penyerahan itu telah disampaikan di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat N.71 Bekenu.

Oleh Adum Liu