Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gawai Antu lambang penghormatan kepada leluhur
  • TEMPATAN

Gawai Antu lambang penghormatan kepada leluhur

Utusan Sarawak 6 days ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie merakamkan gambar kenangan pada Majlis Gawai Antu (Ngeregang) di Rumah Juan Brodi, Tanjung Bijat, dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

SRI AMAN: Gawai Antu merupakan satu majlis penting untuk mengingati dan menghormati leluhur, iaitu ahli keluarga yang telah meninggal dunia serta mendoakan agar roh mereka bersemadi dengan aman.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata walaupun Gawai Antu kini tidak lagi diraikan seperti zaman dahulu kerana ramai masyarakat Dayak kini telah menganut agama Kristian.

“Namun perayaan ini masih kekal sebagai satu tradisi yang penting dalam kalangan masyarakat Dayak Iban. 

“Ia bukan hanya berkisar pada adat tetapi juga melambangkan usaha memelihara, mengingati dan menghargai warisan budaya nenek moyang kita,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Gawai Antu (Ngeregang) di Rumah Juan Brodi, Tanjung Bijat, dekat sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Doris berkata rakyat perlu bersyukur kerana berpeluang merayakan semua perayaan di negara ini dalam keadaan aman bahkan sesuatu perayaan tersebut bukan hanya tertumpu kepada satu kaum tetapi dirai oleh semua orang.

“Di Sarawak khasnya, pelbagai perayaan diraikan dengan penuh kegembiraan bersama ahli keluarga, sahabat dan jiran tetangga tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan yang dimiliki.

“Ia juga melambangkan keharmonian dalam masyarakat di negeri ini. Bagi saya, ini adalah keunikan yang kita sebagai rakyat Sarawak perlu banggakan,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Inisiatif TVET Gen-16 fokus bangunkan kemahiran belia luar bandar
Next: MBKS must enforce laws fairly and without political bias

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.