Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pembangunan sekolah DUN Kalaka diberi keutamaan
  • WILAYAH

Pembangunan sekolah DUN Kalaka diberi keutamaan

Utusan Sarawak 3 days ago
SETIAUSAHA Kehormat PBB Kalaka, Gapor Ahmad mewakili ADUN Kalaka Gapor Ahmad melakukan lawatan tapak naik taraf Dataran Ilmu dan kerja-kerja yang berkaitan di SK Abang Abdul Rahman bersama wakil agensi pelaksana projek dekat sini, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Perancangan rapi diperlukan untuk membangunkan prasarana di sesebuah sekolah terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Gapor Ahmad berkata, sekolah bukan sekadar satu institusi pendidikan tetapi juga pusat untuk melahirkan modal insan berkualiti sebagai pemimpin negara pada masa akan datang.

“Sejak saya dipilih menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya sentiasa memberi keutamaan dan fokus terhadap pembangunan sekolah,” katanya.

Beliau turut melakukan lawatan tapak naik taraf dataran ilmu dan kerja-kerja yang berkaitan di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman bersama wakil agensi pelaksana projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, semalam.

Mohamad Duri berkata projek naik taraf dataran ilmu dan kerja-kerja yang berkaitan di sekolah berkenaan adalah menggunakan peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Setelah lawatan tapak, proses seterusnya adalah lantikan kontraktor oleh Pejabat Residen Bahagian Betong melalui proses cabutan undi dan melalui lantikan kontraktor itu kelak, kerja-kerja naik taraf akan dilaksanakan.

“Melalui peruntukan RTP inilah beberapa projek yang dipohon oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) dan sekolah-sekolah di kawasan DUN Kalaka dapat dibangunkan, terima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerana memberikan perhatian kepada pembangunan di kawasan luar bandar,” jelasnya.

Dalam pada itu, Guru Besar SK Abang Abdul Rahman, Mahrup Engga turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ADUN Kalaka kerana sering tampil untuk membantu pihak sekolah dari segi sumbangan beliau terhadap prasarana, kemudahan dan pembelajaran sekolah berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM81,000 disalur kepada 27 kampung Iban di Simunjan
Next: 14 Penduduk terima tawaran Rumah Spektra fasa pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.