Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 ke arah peralihan ke ekonomi hijau, dilancarkan
  • SEMASA

Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 ke arah peralihan ke ekonomi hijau, dilancarkan

Utusan Sarawak 3 days ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Persidangan Karbon Asia (ACC) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi. Foto UKAS

KUCHING: Pelancaran Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 mencerminkan satu lagi pencapaian penting Sarawak dalam memperkukuh komitmennya terhadap agenda pembangunan mampan, sekali gus menempatkan negeri ini sebagai perintis dalam merangka pelan strategik jangka panjang ke arah ekonomi hijau di Malaysia.

Pelan tindakan berkenaan yang digubal oleh Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESTY) dijangka menjadi panduan utama kepada usaha Sarawak untuk mencapai status negeri rendah karbon, di samping memperkukuh kedudukan strategiknya sebagai peneraju kelestarian di rantau Asia Tenggara.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelan itu merangkumi pendekatan menyeluruh yang melibatkan pelbagai aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar bagi memastikan pembangunan negeri selari dengan prinsip kelestarian jangka panjang.

“Saya amat berbesar hati untuk melancarkan Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030, yang merupakan inisiatif pertama seumpamanya diperkenalkan oleh mana-mana negeri di Malaysia. 

“Ini membuktikan kesungguhan Sarawak untuk berada di barisan hadapan dalam menangani isu perubahan iklim,” katanya ketika merasmikan Persidangan Karbon Asia (Asia Carbon Conference, ACC) 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi.

Pelan tindakan tersebut menggariskan 10 teras strategik, 48 strategi khusus dan 111 pelan tindakan yang merangkumi keseluruhan agenda kelestarian negeri, daripada dasar hijau, pembangunan ekonomi rendah karbon hingga kesejahteraan sosial.

Menurut Abang Johari, dokumen itu bukan sekadar panduan dalaman kerajaan negeri, malah menjadi rujukan strategik yang memperkukuh penyertaan Sarawak dalam usaha kolektif di peringkat serantau untuk mempercepat peralihan ke arah ekonomi hijau dan rendah karbon.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak perkukuh tadbir urus karbon, sasar pelepasan sifar bersih menjelang 2050
Next: Peranan wartawan sehebat pendidik, pasukan keselamatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.