PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi, keputusan diumumkan kemudian – PMO 

Facebook
WhatsApp
Rafizi dan Nik Nazmi (kanan)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan malam ini memaklumkan setelah meneliti perkara itu, Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

“Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Kedua-dua menteri sebelum ini tewas pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 minggu lepas.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan Naib Presiden.

— BERNAMA

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan