Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: 16 jambatan baharu tingkat keterhubungan rakyat Sarawak
  • SEMASA

DUN: 16 jambatan baharu tingkat keterhubungan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 3 days ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus mengukuhkan jaringan keterhubungan negeri menerusi pembinaan 16 jambatan utama di seluruh Sarawak dengan nilai keseluruhan RM4.97 bilion.

Menurut Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, lima daripada jambatan tersebut telahpun siap sepenuhnya dan dibuka kepada orang awam setakat Mei 2025.

“Jambatan Marudi, Jambatan Pulau Lassa, Jambatan Bintulu Jepak, Jambatan Batang Rajang yang kini dikenali sebagai Jambatan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang dan Jambatan Batang Saribas 1 telah siap dibina dan boleh digunakan.

“Lima lagi jambatan sedang giat dibina dan dijangka siap sebelum akhir tahun ini iaitu Jambatan Sungai Lingga, Jambatan Batang Kemena (Sebauh), Jambatan Batang Igan, Jambatan Sungai Limbang dan Jambatan Batang Lupar 1.

“Baki enam jambatan lagi dijadualkan siap pada 2026, termasuklah Jambatan Batang Paloh, Batang Lupar 2, Sejingkat, Batang Krian, Batang Saribas 2 dan Batang Rambungan,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan projek itu penting bagi mengatasi cabaran geografi Sarawak yang luas serta sungai utama yang menjadi penghalang kepada hubungan darat.

“Pembinaan jambatan ini bukan sahaja meningkatkan akses ke kawasan pedalaman tetapi juga mempercepat pembangunan ekonomi, akses kepada perkhidmatan asas dan kesamarataan pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Menjelang 2026, kesemua jambatan ini dijangka siap sepenuhnya dan akan merealisasikan matlamat perjalanan lancar tanpa gangguan feri di seluruh Sarawak.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi melonjakkan pembangunan infrastruktur dengan pendekatan berfasa dan berimpak tinggi, demi memastikan tiada kawasan yang tertinggal daripada arus kemajuan,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 572 titik panas kebakaran terbuka dikenal pasti seluruh negara
Next: DUN: Petros kekal pengagregat tunggal gas, selaras hak Sarawak dalam MA63

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.