Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utamakan keselamatan sempena sambutan Gawai
  • Tengah
  • WILAYAH

Utamakan keselamatan sempena sambutan Gawai

Utusan Sarawak 4 days ago
KETUA JBPM Zon Sibu Andy Alie.

SIBU: Orang ramai digesa agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sempena sambutan Hari Gawai Dayak yang bakal diraikan tidak lama lagi, khususnya kepada mereka yang pulang ke rumah panjang dan membuat persiapan perayaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, kesedaran terhadap keselamatan amat penting dalam memastikan perayaan berlangsung dalam suasana selamat dan harmoni, tanpa sebarang kejadian tidak diingini seperti kebakaran atau kemalangan.

Menurutnya, antara aspek yang ditekankan termasuklah keselamatan elektrik, keselamatan semasa memasak, kawalan terhadap api terbuka, keselamatan perjalanan pulang ke kampung serta kesedaran umum berkaitan kebakaran.

“Pastikan semua peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan tidak rosak sebelum digunakan. Elakkan sambungan elektrik berlebihan dan cabut palam peralatan yang tidak digunakan bagi mengelakkan risiko litar pintas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar kawasan dapur sentiasa bersih dan bahan mudah terbakar dijauhkan daripada sumber api.

“Aktiviti memasak menggunakan dapur gas atau kayu api juga perlu sentiasa diawasi. Penting untuk menyediakan alat pemadam api seperti fire extinguisher atau selimut api (fire blanket) di dapur sebagai langkah awal pencegahan kebakaran,” tambahnya.

Andy juga menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran terbuka di sekitar rumah panjang, terutama dalam cuaca panas dan kering, serta tidak membuang puntung rokok sembarangan kerana boleh menyebabkan kebakaran hutan atau belukar.

Bagi mereka yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, beliau menyarankan agar kenderaan diperiksa terlebih dahulu termasuk sistem brek, tayar dan lampu.

“Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya mematuhi had laju dan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Dayak yang meraikannya dan berharap agar perayaan tahun ini dapat disambut dengan penuh kegembiraan dan dalam keadaan yang selamat serta sejahtera.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rodiyah saksi penyerahan projek naik taraf Bangunan Warisan Permata Songket di Kampung Perintah
Next: Pelawat cilik didedah ilmu bomba dalam lawatan ke BBP Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.