

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperkenalkan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) yang akan dilaksanakan pada 2026 dengan peruntukan awal dianggarkan sebanyak RM300 juta.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata skim tersebut memberi keutamaan kepada pelajar dalam bidang berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sebelum diperluas kepada bidang perubatan, kewangan, perakaunan, psikologi dan undang-undang.
“FTES adalah antara inisiatif baharu kerajaan negeri untuk memastikan akses pendidikan tinggi yang lebih menyeluruh dan mampu milik kepada anak Sarawak, bermula 2026,” katanya pada sidang media selepas sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
Menurut beliau, sebanyak RM300 juta diperlukan bagi tahun pertama pelaksanaan, bergantung kepada jumlah pelajar yang layak dan yuran pengajian yang dikenakan oleh institusi pengajian tinggi.
“Kita anggarkan seramai 10,000 pelajar akan menikmati pendidikan percuma pada peringkat awal pelaksanaan skim ini. Jumlah ini dijangka meningkat pada tahun-tahun seterusnya,” jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan berkualiti dan berdaya saing, selaras dengan agenda pembangunan negeri berteraskan ilmu pengetahuan.
FTES turut disokong dengan pelbagai inisiatif pendidikan lain termasuk pengagihan komputer riba, baucar buku serta program peningkatan sekolah untuk membantu pelajar yang memerlukan sokongan tambahan dalam mata pelajaran teras.Hab tersebut diwujudkan melalui Sarawak Microelectronics Design (SMD) dengan kerjasama CSA Catapult, sekali gus membolehkan akses langsung kepada kemudahan penyelidikan bertaraf dunia, bakat profesional antarabangsa dan rakan industri utama.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kejayaan penting ini turut menyaksikan pelancaran prototaip keteq.ai penukar kuasa pintar berasaskan teknologi Edge AI yang dibangunkan untuk digunakan dalam grid pintar, kenderaan elektrik (EV) dan sistem industri.
“Pelancaran keteq.ai di Newport baru-baru ini disaksikan oleh Premier Sarawak sendiri dan ia merupakan satu pencapaian besar dalam mempamerkan kemampuan kita menghasilkan teknologi bertaraf antarabangsa,” katanya.
Menurut Roland, pembangunan teknologi berimpak tinggi seperti ini memerlukan sokongan tenaga kerja mahir.
Sehubungan itu, kerajaan negeri menyasarkan untuk melahirkan 500 jurutera semikonduktor tempatan menjelang 2030.
Bagi mencapai sasaran itu, SMD telah melaksanakan beberapa program latihan dan pemerkasaan bakat, antaranya Program Penguasaan Semikonduktor yang dijalankan dengan kerjasama Melexis dan CENTEXS.
“Setakat ini, seramai 28 pelatih telah berjaya menamatkan latihan selama enam bulan dan telah diserap bekerja di SMD, Melexis dan X-FAB,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa pendekatan menyeluruh ini bukan sahaja membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Sarawak, malah menandakan langkah proaktif kerajaan negeri dalam membina ekosistem teknologi masa hadapan.
“Kita mahu Sarawak menjadi pemain utama dalam industri semikonduktor rantau ini. Menerusi pelaburan strategik dan pembangunan modal insan, saya yakin impian ini boleh direalisasikan,” katanya lagi.
Oleh Amanda L.