Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • DUN: Sarawak cadang buka pusat Tingkatan Enam khas di Daro, matrikulasi di Sematan
  • PENDIDIKAN

DUN: Sarawak cadang buka pusat Tingkatan Enam khas di Daro, matrikulasi di Sematan

Utusan Sarawak 3 days ago

Roland Sagah ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 hari ini.

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak terus komited memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar luar bandar menerusi pelaksanaan beberapa projek penting termasuk penubuhan pusat matrikulasi di Sematan serta cadangan penubuhan pusat prauniversiti di Daro dan Meradong.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, projek pusat matrikulasi di Sematan kini dalam peringkat akhir perancangan dan disasarkan untuk ditender pada Disember 2025.

“Pusat matrikulasi ini bakal memberi manfaat kepada pelajar di kawasan selatan dan luar bandar yang sebelum ini perlu ke pusat matrikulasi di luar negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Selain itu, Roland turut memaklumkan bahawa JPNS akan mengemukakan cadangan bagi penubuhan pusat Tingkatan Enam khas di Daro dalam rancangan Malaysia akan datang, setelah skop projek, lokasi dan keperluan kakitangan dimuktamadkan.

Sementara itu, menjawab isu yang dibangkitkan oleh ADUN Meradong, beliau berkata cadangan menubuhkan pusat prauniversiti di kawasan tersebut akan dipertimbangkan dalam perancangan jangka panjang.

“Walaupun tiada pusat pra-universiti di Meradong buat masa ini, pelajar yang tamat SPM boleh menyambung pelajaran ke Kolej Laila Taib dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu, yang menawarkan program diploma pelbagai bidang,” jelasnya.

Menurutnya, segala usaha ini adalah sebahagian daripada strategi kerajaan negeri dalam memastikan pendidikan tinggi lebih inklusif dan mudah diakses oleh anak Sarawak, tanpa mengira lokasi mereka.

“Pelajar luar bandar juga berhak mendapat peluang pendidikan yang sama seperti mereka di bandar. Ini adalah prinsip keadilan pendidikan yang menjadi teras dasar kerajaan negeri,” katanya.

Oleh Amanda L

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak laksana ujian penilaian UPDLP Oktober ini
Next: Tiada halangan untuk Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma – Zambry

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.