Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • DUN: Sarawak laksana ujian penilaian UPDLP Oktober ini
  • PENDIDIKAN

DUN: Sarawak laksana ujian penilaian UPDLP Oktober ini

Utusan Sarawak 3 days ago

Roland Sagah ketika menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 hari ini.

PETRA JAYA: Ujian penilaian Program Dwibahasa Sarawak (UPDLP Sarawak) bagi murid Tahun Enam akan diadakan pada 15 dan 16 Oktober tahun ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata UPDLP Sarawak ialah satu ujian piawaian bagi murid Tahun Enam dan pelajar Tingkatan Tiga yang terlibat dalam program berkenaan.

“Penilaian ini merangkumi tiga subjek teras iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris, dengan kertas peperiksaan dibangunkan oleh guru pakar tempatan supaya lebih selaras dengan keperluan program,” katanya semasa menggulung perbahasan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, UP-DLP Sarawak dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Swinburne Innovation Malaysia (SWIM) serta universiti milik kerajaan negeri.

Dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar yang lemah pula, beliau berkata kementeriannya turut melaksanakan 

Program Pemantapan Pendidikan Sarawak (SEEP) yang mula diperkenalkan pada Ogos 2024.

“SEEP memberi tumpuan kepada pelajar yang gagal ujian berasaskan sekolah dan menyediakan tuisyen percuma bagi subjek teras seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Bagi pelajar menengah atas pula, tuisyen turut meliputi semua subjek sains tulen,” jelasnya.

Selain tuisyen, SEEP turut melibatkan pembangunan modul pembelajaran, pengurusan melalui sistem digital, penganjuran webinar dan bengkel, serta sesi libat urus bersama guru dan ibu bapa.

Bagi tahun ini, kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk melaksanakan SEEP, sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasa sistem pendidikan dan menyediakan peluang saksama kepada semua pelajar.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: 11 pelajar DUN Tasik Biru terima insentif pendidikan
Next: DUN: Sarawak cadang buka pusat Tingkatan Enam khas di Daro, matrikulasi di Sematan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.