Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gawai Dayak platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum
  • TEMPATAN

Gawai Dayak platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum

Utusan Sarawak 4 days ago
SETIAUSAHA Kehormat Parti PBB Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka Mohamad Duri pada Majlis Mantar Gawai Dayak sempena Program Jiwa@Komuniti Madani 2025 di Rumah Dom Brues, Sungai Antu dekat sini semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Perayaan Hari Gawai yang disambut bermula 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak merupakan platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dalam suasana harmoni dan makmur.

Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka, Mohamad Duri berkata perayaan tersebut bukan saja disambut oleh masyarakat Dayak malah turut diraikan bersama oleh semua masyarakat sama seperti perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri.

“Hari Gawai bukan hanya terhad untuk masyarakat Dayak semata-mata, tetapi seperti yang kita dapat saksikan pada hari ini, semua masyarakat tanpa mengira perbezaan sama ada agama atau bangsa menyambutnya.

“Begitu juga Tahun Baharu Cina, ia tidak lagi hanya disambut masyarakat Cina tetapi masyarakat Dayak pun menanti ketibaan Tahun Baharu Cina sama juga dengan Aidilfitri,” katanya.

SETIAUSAHA Kehormat Parti PBB Kalaka, Gapor Ahmad yang mewakili ADUN Kalaka Mohamad Duri menerima cenderamata pada Majlis Mantar Gawai Dayak sempena Program Jiwa@Komuniti Madani 2025 di Rumah Dom Brues, Sungai Antu dekat sini semalam. Foto ADUN Kalaka

Dalam pada itu, beliau turut mewakiliki ADUN Kalaka merasmikan Majlis Mantar Gawai Dayak sempena Program Jiwa@Komuniti Madani 2025 anjuran Jabatan Penerangan Daerah Saratok bertempat di Rumah Dom Brues, Sungai Antu dekat sini semalam.

Katanya, perayaan Hari Gawai Dayak adalah satu simbolik perpaduan kepada masyarakat Dayak di Sarawak.

Selain simbol kepada perpaduan dan identiti masyarakat Dayak, beliau berkata perayaan itu juga sebagai satu simbol kepada musim menuai iaitu selepas tamat musim menuai padi.

“Gawai diadakan sebagai tanda berakhirnya musim menuai di kalangan masyarakat Dayak khususnya di Sarawak,” jelasnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS, PDRM perkukuh kerjasama demi keselamatan awam
Next: Program pelancongan tarik pengunjung ke Limbang, bantu capai sasaran negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.