Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 2,981 anggota sertai 234 pasukan Bomba Komuniti di Sarawak sejak 2021
  • TEMPATAN

2,981 anggota sertai 234 pasukan Bomba Komuniti di Sarawak sejak 2021

Utusan Sarawak 13 hours ago
UNTUK ALBUM….(Dari kiri) Tuai Rumah Pitre Ambit Tayup, Pengarah JBPM Sarawak PKPjB Jamri Masran, Penghulu William Tandang Unjang dan Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong bergambar bersama penduduk rumah panjang. 

BINTANGOR: Sebanyak 234 pasukan Bomba Komuniti ditubuhkan di Sarawak sejak 2021 hingga April 2025 dengan jumlah keanggotaan seramai 2,981 orang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, PKPjB Jamri Masran berkata, dari jumlah tersebut, 98 pasukan Bomba Komuniti adalah di rumah panjang dengan jumlah keanggotaan seramai 1,419 orang. 

Katanya, berdasarkan statistik tersebut, ini menunjukkan penglibatan masyarakat dalam pasukan Bomba Komuniti amat memberansangkan.

“Kempen Keselamatan Musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2025 yang diadakan hari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya komuniti rumah panjang, terhadap aspek keselamatan kebakaran semasa musim perayaan. 

“Hari Gawai Dayak adalah masa yang dinanti-nantikan oleh masyarakat Dayak untuk berkumpul, meraikan budaya dan memperkukuhkan silaturahim. 

“Namun dalam kegembiraan, kita tidak boleh alpa terhadap aspek keselamatan, terutamanya kebakaran yang boleh berlaku akibat penggunaan elektrik tidak selamat, dapur terbuka atau pembakaran terbuka yang tidak terkawal,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2025 di Rumah Pitre Ambit Tayup di Skim B, semalam. 

Katanya, kempen tersebut telah disertai oleh penduduk dari 16 buah rumah panjang. 

“Selain itu, kempen ini adalah usaha murni yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara masyarakat setempat dengan pasukan Bomba dan penyelamat serta menggalakkan masyarakat untuk bersama-sama menjaga keselamatan di persekitaran mereka. 

“Kami ingin memastikan bahawa keselamatan dan kebajikan setiap komuniti, termasuk di kawasan luar bandar sentiasa diberikan perhatian,” katanya. 

Tambahnya, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti demonstrasi memadam kebakaran dan ceramah kesedaran. 

“Aktiviti-aktiviti ini bukan hanya bertujuan untuk menambah pengetahuan tetapi juga melatih masyarakat dalam menghadapi situasi kecemasan. 

“Harapan kami adalah agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan menjadi panduan berguna kepada semua penduduk di rumah panjang ini,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, katanya, rumah panjang merupakan warisan budaya unik dan menjadi lambang perpaduan komuniti. 

“Namun struktur binaannya yang kebanyakannya menggunakan bahan mudah terbakar seperti kayu, menjadikannya sangat berisiko tinggi jika berlaku kebakaran. 

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab bersama agar kita sentiasa cakna terhadap keselamatan fizikal dan nyawa semua penghuni. 

“Insya-Allah, JBPM Sarawak terus komited melaksanakan pelbagai program pendidikan kebakaran seperti latihan pemadaman awal, taklimat keselamatan kebakaran, serta pemasangan alat pemadam api di rumah panjang yang terpilih,” katanya. 

Katanya lagi, kempen sebegini adalah sebahagian usaha berterusan pihaknya untuk mendekati masyarakat dan menanamkan budaya “Keselamatan Kebakaran Tanggungjawab Bersama” selain membantu jabatan dalam memperkasakan budaya keselamatan kebakaran bagi melahirkan “Komuniti Berdaya Tahan Bencana”. 

Turut hadir Penghulu William Tandang Unjang selaku wakil Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii, Residen Sarikei, Datu Michael Ronnie Langgong, Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang, Ketua Zon 4 yang juga Pengerusi Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2025, Penguasa Kanan Bomba I Technoligist Andy Alie dan Tuai Rumah Pitre Ambit Tayup. 

Oleh Earl Anek 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta DuanWu simbol keharmonian, perpaduan
Next: Jambatan Batang Saribas 1 dibuka kepada orang ramai hari ini, memendekkan perjalanan tanpa feri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.