Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 234 pasukan bomba komuniti ditubuh di Sarawak sejak 2021
  • TEMPATAN

234 pasukan bomba komuniti ditubuh di Sarawak sejak 2021

Utusan Sarawak 17 hours ago
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP). Foto Bernama

SIBU: Sebanyak 234 Pasukan Bomba Komuniti telah ditubuhkan di seluruh Sarawak sejak tahun 2021 sehingga April lalu sebagai langkah memperkukuh kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi risiko kebakaran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Jamri Masran berkata pasukan itu membabitkan penyertaan seramai 2,981 anggota, termasuk 1,419 anggota daripada 98 pasukan yang berpangkalan di rumah panjang.

“Penglibatan masyarakat sangat memberangsangkan dan membuktikan kesedaran terhadap keselamatan semakin meningkat, terutamanya di kawasan luar bandar.

“Pasukan ini memainkan peranan penting, terutama menjelang sambutan Gawai Dayak apabila risiko kebakaran meningkat akibat penggunaan elektrik berlebihan, dapur terbuka dan pembakaran terbuka yang tidak terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Kempen Keselamatan Musim Perayaan Hari Gawai Dayak 2025 di Rumah Panjang Pitre Abit Tayup, Skim Bintangor, dekat sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Jamri berkata struktur kayu rumah panjang yang mudah terbakar menyebabkan ia terdedah kepada risiko kebakaran, justeru kehadiran anggota terlatih dalam pasukan bomba komuniti boleh memberi tindak balas awal yang lebih cekap.

Katanya, kempen keselamatan sempena Gawai itu bertujuan mendidik penduduk mengenai langkah pencegahan kebakaran dan menyemai budaya keselamatan dalam kalangan komuniti rumah panjang.

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk demonstrasi memadam kebakaran, ceramah kesedaran dan latihan kecemasan.

“Ilmu dan kemahiran yang disampaikan diharap menjadi panduan berguna, bukan sahaja ketika musim perayaan, tetapi juga dalam kehidupan seharian,” katanya.

-Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan percuma bukti keprihatinan GPS terhadap masa depan anak Sarawak
Next: Pesta DuanWu simbol keharmonian, perpaduan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.