Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Beregu lelaki negara dominasi final Masters Malaysia
  • SUKAN

Beregu lelaki negara dominasi final Masters Malaysia

Utusan Sarawak 16 hours ago

Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menempah slot final selepas mengecewakan bekas juara dunia Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun, pada perlawanan separuh akhir Masters Malaysia 2025 hari ini. Foto Badminton Association of Malaysia - BAM (FB)

KUALA LUMPUR: Malaysia dijanjikan kejuaraan beregu lelaki Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas 12 tahun apabila Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tiket dalam pusingan akhir bagi menentang satu lagi pasangan negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun esok.

Mendapat suntikan semangat daripada persembahan Wei Chong-Kai Wu sebelum itu, beregu pilihan keempat tersebut tidak mengecewakan penyokong negara di Axiata Arena, Bukit Jalil apabila mengejutkan pilihan utama dan juara bertahan dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam 64 minit.

Ketinggalan 9-11 pada set pertama, Aaron Chia-Wooi Yik tidak bermula baik namun kembali menemui rentak dan mengejar 15-14 sebelum menutup set 21-19.

Beregu nombor 3 dunia itu bagaimanapun sedikit goyah di set kedua dan tewas kepada gandingan ranking teratas dunia tersebut 17-21. 

Dalam set penentu, juara dunia 2022 itu tampil menguasai selepas mendahului 9-1 dan terus menuju final sulung Masters Malaysia dengan kemenangan 21-15 dibantu pukulan kencang dari hadapan gelanggang oleh Wooi Yik.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik dalam Masters Malaysia sebelum ini ialah separuh akhir pada 2019 dan 2022 sejak tampil kali pertama dalam edisi 2018.

Aaron berkata memenangi set pertama sangat penting dalam menentukan ‘suasana’ permainan dan berterima kasih kepada sorakan penonton tuan rumah yang menaikkan semangat mereka untuk menghalang pasangan Denmark daripada mempertahankan gelaran.

Pemain berusia 28 tahun itu berharap dia dan Wooi Yik bersama Wei Chong dan Kai Wun dapat mempersembahkan perlawanan akhir yang mengujakan terutamanya apabila masing-masing mempunyai rekod menang dua perlawanan dalam pertemuan sebelum ini. 

Wooi Yik sementara itu mengakui beraksi dalam pusingan akhir kejohanan berturut-turut iaitu selepas merangkul Kejohanan Badminton Asia bulan lepas diikuti Terbuka Thailand minggu lepas merupakan pengalaman baharu dan berharga bagi mereka.

“Sangat sukar (beraksi dalam final berturut-turut) namun kami cuba atasi. Kami tak boleh fikir kami penat dan tak mampu bermain, tetapi perlu teruskan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Wei Chong-Kai Wun terdahulu menundukkan juara dunia 2021 Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 21-12, 21-14 untuk mara ke final Masters Malaysia buat kali kedua dalam dua tahun. 

Beregu nombor lapan dunia itu muncul naib johan 2023 selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung 15-21, 24-22, 19-21.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Menang RM10,000 naikkan ikan aji-aji 40.08kg
Next: Barca intai pemain Liverpool, United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.