Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rimba Raid X Lenggong 2025 sasar 280 penyertaan pelumba
  • SUKAN

Rimba Raid X Lenggong 2025 sasar 280 penyertaan pelumba

Utusan Sarawak 9 hours ago
RIMBA Raid X Lenggong 2025 menyasarkan tidak kurang daripada 280 pelumba untuk mengambil bahagian dalam acara itu, yang akan berlangsung di Lenggong dari 26 hingga 29 Jun depan. Foto Facebook Rimba Raid

IPOH: Acara sukan bermotor lasak bertaraf antarabangsa yang memasuki edisi ke-10, Rimba Raid X Lenggong 2025 menyasarkan tidak kurang daripada 280 pelumba untuk mengambil bahagian dalam acara itu, yang akan berlangsung di Lenggong dari 26 hingga 29 Jun depan.

Pengasas Rimba Raid Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain berkata pasukan yang paling ramai ialah dari Thailand iaitu 22 pelumba lelaki dan empat pelumba wanita, manakala terdapat juga cabaran selain Malaysia antaranya dari Indonesia, Singapura, Taiwan, China, Hong Kong, India, Jepun serta beberapa negara Eropah.

“Kami menjangkakan kehadiran para pelumba dan pengunjung akan mula memeriahkan di kawasan Lenggong, Gerik dan Kuala Kangsar dari 23 hingga 30 Jun 2025.

“Sepanjang tempoh seminggu Rimba Raid X Lenggong 2025 berlangsung, semua jenis penginapan seperti inap desa, resort dan lain-lain kemudahan penginapan telah dipajak sepenuhnya bagi menampung keperluan peserta serta tetamu yang hadir,” katanya pada Majlis Pelancaran Media Rimba Raid X Lenggong 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.

Sementara itu, Nik Huzlan pada sidang media berkata pihaknya turut menyasarkan 80 peratus daripada keseluruhan peserta akan menamatkan perlumbaan pada acara tahun ini.

Beliau berkata kebiasannya mereka yang tidak berjaya menamatkan perlumbaan antaranya kerana masalah teknikal pada motosikal masing-masing, selain masalah kecergasan dan persediaan yang tidak mencukupi.

Sementara itu, Loh berkata dijangka lebih ramai pengunjung termasuk peserta dan ahli dalam kumpulan mereka yang akan hadir pada acara siri sukan perlumbaan Motosikal Hutan Tropika, yang telah mengukir nama sejak tahun 2015 itu.

“Pada hari tersebut juga kita mempunyai tempat untuk orang ramai boleh tonton perlumbaan itu. Kali ini kita ada di Pulau Petanda, supaya mereka yang berminat boleh menyaksikan acara-acara tersebut,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata menerusi acara itu, ia boleh menjadikan Lenggong sebagai satu destinasi pelancongan yang memfokuskan kepada Pelancongan Sukan, justeru mampu melonjakkan ekonomi penduduk setempat. 

Rimba Raid X Lenggong 2025 akan menampilkan enam kategori perlumbaan bagi memberi peluang kepada pelbagai jenis jentera dan tahap pengalaman peserta.

Pembahagian kelas ialah Kelas A bagi motosikal pelbagai silinder melebihi 1,000cc, Kelas B (motosikal pelbagai silinder antara 250cc hingga 999cc), Kelas C (motosikal satu silinder antara 250cc hingga 800cc) dan Kelas D (Adventure Kapcai, khas untuk motosikal kecil yang diubah suai untuk kegunaan pengembaraan lasak).

Dua lagi ialah Kelas E membabitkan Adventure Skuter, genre yang semakin popular dalam kalangan penunggang urban dan pengembara ringan, serta Kelas F (E-bike (motosikal elektrik), mencerminkan perkembangan teknologi dan kelestarian dalam sukan permotoran).

Perlumbaan akan bermula dengan perlumbaan hari pertama di trek 10 kilometer (km) di Pulau Petanda pada Sabtu, 28 Jun dan diikuti dengan perlumbaan hari kedua yang akan dilepaskan di Dataran Tasik Sandarhalu, Kampung Luat keesokannya.

Pada perlumbaan hari kedua itu, peserta akan mengharungi laluan lasak hutan sejauh hampir 250km, melintasi kawasan hutan, sungai, bukit dan gunung yang mencabar di sekitar Hutan Simpan Piah.

-Bernama 

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Wei Chong-Kai Wun ke final Masters Malaysia 2025
Next: Perahu Naga Terbuka Lawas 2025, lambang keharmonian masyarakat Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.