Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • PBB bimbang 427 Rohingya terkorban di laut
  • GLOBAL

PBB bimbang 427 Rohingya terkorban di laut

Utusan Sarawak 12 hours ago
AGENSI Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa seramai 427 pelarian Rohingya mungkin terkorban di laut susulan dua tragedi bot karam berhampiran pantai Myanmar awal bulan ini ketika mereka berusaha mencari perlindungan, lapor Anadolu Ajansi. Foto fail AFP

DHAKA: Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) pada Jumaat menyuarakan kebimbangan bahawa seramai 427 pelarian Rohingya mungkin terkorban di laut susulan dua tragedi bot karam berhampiran pantai Myanmar awal bulan ini ketika mereka berusaha mencari perlindungan, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut laporan awal, seramai 514 pelarian Rohingya dipercayai menaiki dua buah bot.

Bagaimanapun, butiran masih dalam proses pengesahan, menurut UNHCR dalam satu kenyataan.

Bot pertama dipercayai membawa 267 orang.

Lebih separuh daripada mereka dilaporkan meninggalkan kem pelarian di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh, manakala selebihnya dari Negeri Rakhine, Myanmar.

Bot itu karam pada 9 Mei, dengan hanya 66 orang berjaya diselamatkan.

Bangladesh kini menempatkan lebih 1.3 juta pelarian Rohingya sejak gelombang pelarian besar-besaran akibat tindakan ketenteraan Myanmar pada Ogos 2017.

Bot kedua pula membawa 247 pelarian Rohingya dan karam pada 10 Mei. Hanya 21 orang terselamat.

UNHCR turut menerima laporan mengenai bot ketiga yang membawa 188 pelarian Rohingya dan telah dipintas selepas meninggalkan Myanmar pada 14 Mei.

“Krisis kemanusiaan yang semakin parah akibat pemotongan dana memberi kesan buruk kepada kehidupan pelarian Rohingya, menyebabkan lebih ramai sanggup mengambil risiko melakukan perjalanan berbahaya demi keselamatan, perlindungan dan kehidupan yang bermaruah buat diri dan keluarga mereka,” kata Hai Kyung Jun, Pengarah Biro Serantau UNHCR untuk Asia dan Pasifik.

UNHCR menyeru pihak berkuasa di rantau ini serta masyarakat antarabangsa supaya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan tragedi serupa, sambil menegaskan bahawa menyelamatkan nyawa dan memberi bantuan kepada mangsa kecemasan di laut adalah satu keperluan kemanusiaan dan kewajipan di bawah undang-undang maritim antarabangsa.

Agensi itu turut merayu bantuan kewangan bagi menyediakan sokongan kepada pelarian Rohingya, dengan UNHCR setakat ini hanya menerima 30 peratus daripada jumlah dana yang diperlukan untuk menstabilkan kehidupan pelarian serta komuniti tuan rumah di Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia, Thailand dan pelarian dalaman di Myanmar.

UNHCR memerlukan sebanyak AS$383.1 juta bagi 2025.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Denda sehingga AS$26,670 salah guna visa lawatan bagi tujuan haji
Next: Hampir 891,000 jemaah luar negara tiba di Arab Saudi untuk tunai haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.