Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • PBSMM Cabang Sibu adakan kunjungan hormat terhadap Dr Sim
  • KESIHATAN

PBSMM Cabang Sibu adakan kunjungan hormat terhadap Dr Sim

Utusan Sarawak 15 hours ago
SERAH LAPORAN…Penghulu Chua Hiong Kee (empat kanan) menyerahkan Laporan Tahunan Persatuannya kepada Datuk Amar Dr Sim Kui Hian sambil disaksikan oleh yang lain.

PETRA JAYA: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Cabang Sibu baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching.

Delegasi PBSMM yang diketuai oleh Pengerusinya, Penghulu Chua Hiong Kee, mengambil peluang dalam pertemuan tersebut untuk menyuarakan beberapa cabaran yang sedang membelenggu persatuan di peringkat cabang, selain mengemukakan permohonan sokongan dan bantuan bagi memperkukuh peranan mereka dalam komuniti.

BINCANG…Penghulu Chua Hiong Kee (tengah), menyuarakan cabaran yang dihadapi oleh persatuannya kepada Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (kanan) semasa pertemuan tersebut.

Dalam perbincangan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh makna itu, Chua turut merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan yang diberikan oleh Dr Sim kepada usaha kemanusiaan dan kesukarelawanan PBSMM.

Beliau menegaskan bahawa bantuan dan keprihatinan pimpinan negeri amat penting dalam memastikan kelangsungan perkhidmatan persatuan kepada rakyat, khususnya di kawasan Sibu.

Sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi itu, rombongan PBSMM turut diberi kesempatan melawat Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Lawatan tersebut bukan sahaja membuka ruang kepada para ahli untuk memahami dengan lebih dekat struktur pentadbiran negeri, malah memberikan pendedahan tentang perjalanan mesyuarat serta peranan wakil rakyat dalam membentuk dasar dan halatuju pembangunan negeri.

Kunjungan ini bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan hubungan erat antara organisasi masyarakat dan kepimpinan negeri dalam usaha bersama membina Sarawak yang lebih inklusif dan sejahtera.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Perancis kesan varian COVID-19 terbaharu buat kali pertama
Next: Pendidikan CPR, AED diperluas demi selamatkan nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.