Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penarikan status pengecualian cukai oleh LHDN jejas kelangsungan badan kebajikan
  • Tengah
  • WILAYAH

Penarikan status pengecualian cukai oleh LHDN jejas kelangsungan badan kebajikan

Utusan Sarawak 15 hours ago
KAUNTER RAKYAT…Wong (berdiri, dua kiri) bersama yang lain semasa mengadakan kaunter bergerak di Sibu, hari ini.

SIBU: Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong, melahirkan kebimbangan berhubung tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menarik balik status pengecualian cukai kepada badan kebajikan, termasuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), yang disifatkannya memberi kesan besar kepada kelangsungan organisasi tersebut.

Jelas Wong, langkah itu bukan sahaja mengurangkan insentif penderma malah boleh menjejaskan kredibiliti badan amal secara keseluruhan.

SANTUNI RAKYAT… Wong (tengah) menyantuni orang ramai yang berkunjung ke kaunter bergerak di Sibu, hari ini.

“Badan amal seperti NKF dikendalikan oleh individu profesional yang dihormati. Bila pengecualian cukai dibatalkan tanpa makluman awal, ia memberi kesan buruk kepada operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengadakan Kaunter Perkhidmatan Bergerak SUPP Cawangan Dudong dan Sibu Jaya di sebuah kedai kopi di Jalan Lanang, hari ini.

Dalam pada itu, Wong merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Januari lalu yang memihak kepada NKF dalam semakan kehakiman terhadap pembatalan status pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mahkamah mendapati LHDN gagal memaklumkan perubahan syarat kelulusan kepada NKF, sekali gus tindakan itu dianggap tidak munasabah dan tidak adil.

Menurut Wong, beberapa organisasi kebajikan lain di Sarawak seperti Pemegang Amanah Yayasan Buah Pinggang di Sibu turut berdepan isu sama namun tidak membuat rayuan yang menjadikan satu keputusan yang dikesali beliau.

“Saya seru semua badan kebajikan yang terkesan untuk tampil mendapatkan nasihat undang-undang dan jangan berdiam diri,” katanya lagi.

Wong turut menyifatkan tindakan agresif percukaian ini sebagai isyarat kepada tekanan kewangan yang dihadapi kerajaan, malah mencadangkan agar struktur cukai negara dikaji semula.

“Sudah tiba masa Malaysia pertimbang semula pelaksanaan GST. Ia lebih menyeluruh, dan pada masa sama, pengecualian cukai untuk badan amal perlu dikekalkan demi kelangsungan kerja-kerja kebajikan,” ujarnya.

Keputusan mahkamah dalam kes NKF menurut Wong juga menekankan keperluan tadbir urus baik dan ketelusan dalam penguatkuasaan undang-undang percukaian negara.

Turut hadir, Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Jaya, Kong Sing Ping.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 15 suri rumah sertai KKJP di Marudi
Next: Tradisi ‘ngelupis’ Kampung Terahad kukuhkan semangat gotong-royong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.