Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • AS umum pelepasan segera sekatan terhadap Syria
  • GLOBAL

AS umum pelepasan segera sekatan terhadap Syria

Utusan Sarawak 12 hours ago
PUTERA Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman (kanan) menyambut Presiden sementara Syria, Ahmed al-Sharaa, sementara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memerhati, di Riyadh pada 14 Mei 2025 lalu. Foto AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengeluarkan satu lesen umum yang memberikan pelepasan sekatan serta-merta terhadap Syria, lapor Anadolu Ajansi memetik Jabatan Perbendaharaan AS.

“Seperti yang dijanjikan oleh Presiden (Donald) Trump, Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Negara melaksanakan kelulusan bagi menggalakkan pelaburan baharu ke dalam Syria.

“Syria juga perlu terus berusaha menjadi sebuah negara yang stabil dan aman.

“Tindakan hari ini diharapkan dapat meletakkan negara itu di landasan menuju masa depan yang cerah, makmur dan stabil,” kata Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent dalam satu kenyataan.

Semasa lawatan ke Timur Tengah minggu lalu, Trump berkata beliau akan mengarahkan pemansuhan sekatan ‘zalim dan melumpuhkan’ terhadap Syria bagi memberi peluang kepada negara itu untuk mencapai kemajuan.

Pejabat Kawalan Aset Asing Jabatan Perbendaharaan (OFAC) dalam kenyataan memaklumkan bahawa lesen umum yang dikeluarkan itu membenarkan urus niaga yang sebelum ini dilarang di bawah Peraturan Sekatan Syria, sekali gus mengangkat sebahagian besar sekatan.

Lesen itu membolehkan pelaburan baharu dan kegiatan sektor swasta dijalankan di Syria.

“Jabatan Negara AS turut mengeluarkan pengecualian di bawah Akta Perlindungan Awam Syria Caesar (Caesar Act) yang akan membolehkan rakan kongsi asing, sekutu, dan negara serantau membuka potensi Syria dengan lebih luas.

“Ini merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh kerajaan AS untuk menghapuskan sepenuhnya rangka sekatan yang dikenakan terhadap Syria disebabkan pelanggaran oleh rejim Bashar al-Assad,” menurut kenyataan itu.

Pelepasan sekatan itu diberikan kepada kerajaan baharu Syria dengan syarat bahawa negara itu tidak menjadi ‘tempat perlindungan’ kepada organisasi pengganas serta menjamin keselamatan golongan minoriti agama dan etnik.

Kelulusan itu juga bertujuan membantu membangunkan semula ekonomi, sektor kewangan dan infrastruktur Syria.

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata beliau telah mengeluarkan pengecualian selama 180 hari terhadap sekatan mandatori di bawah Caesar Act bagi memastikan tindakan berkenaan tidak menghalang rakan kongsi AS daripada melabur untuk kestabilan dan menyokong pemulihan Syria.

“Pengecualian ini akan memudahkan penyediaan bekalan elektrik, tenaga, air dan sanitasi serta membolehkan tindak balas kemanusiaan yang lebih berkesan di seluruh Syria,” katanya.

Rubio menyatakan bahawa langkah ini merupakan ‘langkah pertama’ ke arah merealisasikan visi Trump mengenai hubungan baharu antara Syria dan AS.

“Presiden memberi peluang kepada kerajaan Syria untuk mempromosi keamanan dan kestabilan, baik di dalam negara mahupun dalam hubungannya dengan jiran serantau.

“Presiden juga telah menyatakan dengan jelas bahawa pelepasan ini perlu diikuti dengan tindakan segera oleh kerajaan Syria terhadap keutamaan dasar yang penting,” kata Rubio.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Boeing capai perjanjian dengan DOJ untuk elak pendakwaan berhubung nahas 737Max
Next: Universiti Hong Kong tawar tempat kepada pelajar antarabangsa dari Harvard

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.