Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • NCR: JTS sedia sukat lot individu
  • TEMPATAN

NCR: JTS sedia sukat lot individu

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT DATANG… Datuk John Sikie disambut mesra oleh penduduk rumah panjang dekat Tatau semalam.

TATAU: Masyarakat di sesuatu kawasan melalui Jawatankuasa Pembangunan Kawasan haruslah memohon kepada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk tanah disukat secara lot individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera, Datuk John Sikie Tayai berkata, ini kerana kebanyakan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah pun disukat secara primeter di bawah Seksyen 6 Kanun sama.

“Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan sebanyak RM40 juta untuk menyukat tanah NCR di Sarawak,” katanya ketika merasmikan pembukaan jalan simen dan Rumah Biro Wanita  JKKK Rh Serai, Sungai Sepulau, Muput Kanan di sini.

Menurutnya, sebelum tanah disukat oleh Jabatan Tanah dan Servei penduduk haruslah menentukan sempadan tanah masing-masing dan jika tiada pertikaian pastinya akan melancarkan proses penyukatan tanah.

Sehubungan itu, beliau berharap tanah tersebut akan dimajukan supaya dapat melonjak pembangunan ekonomi masyarakat setempat.

Dalam pada itu beliau memaklumkan projek pembangunan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di kawasan terbabit banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Hadir sama Pemanca Gerosen Jubin, Penghulu Sanok Magai, Penghulu Allister Alli Digat, Pengulu Micheal Agul, Penghulu Lim Tchia Hong dan 30 Tuai Rumah dari kawasan Anap Muput.

Continue Reading

Previous: Pergerakan antara bahagian di Kuching, Samarahan tidak digalakan
Next: Hilang sekelip mata dibaham sang bedal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.