Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PM Laos lawat Malaysia esok, erat kerjasama
  • BISNES
  • TEMPATAN

PM Laos lawat Malaysia esok, erat kerjasama

Utusan Sarawak 17 hours ago
PERDANA Menteri Laos Sonexay Siphandone

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia mulai Ahad, dan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengeratkan lagi kerjasama.

Kementerian Luar dalam kenyataan berkata ini merupakan lawatan pertama Siphandone ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Laos pada Disember 2022.

Lawatan rasmi itu berlangsung menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada 26 hingga 27 Mei ini, yang mencerminkan hubungan kukuh serta berkekalan antara Malaysia dan Laos.

Kementerian Luar berkata Siphandone akan disambut oleh Anwar dalam satu majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, diikuti dengan mesyuarat dua hala.

“Mesyuarat itu akan memberi tumpuan kepada perkembangan hubungan dua hala yang berterusan, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan, pelancongan, pembinaan kapasiti, pertanian, dan industri halal.

“Kedua-dua pemimpin itu juga akan terlibat dalam pertukaran pandangan yang substantif mengenai perkembangan serantau dan global, dengan penekanan terhadap kepentingan strategik ASEAN sebagai platform yang padu dan responsif untuk menangani kebimbangan bersama, terutamanya memandangkan cabaran geopolitik dan geoekonomi yang baru muncul,” menurut kenyataan itu.

Siphandone akan diiringi pasangannya Vandara Siphandone, para menteri, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatannya itu.

Tahun lepas perdagangan antara Malaysia dan Laos dicatatkan pada AS$21.9 juta (RM99.7 juta), dengan eksport AS$14.9 juta (RM67.8 juta), dan import AS$7 juta (RM31.9 juta).

Malaysia merupakan pelabur asing kelima terbesar di Laos, dengan jumlah pelaburan bernilai AS$942 juta, dengan 46 projek berdaftar, memfokuskan kepada sektor seperti tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan dan logistik, telekomunikasi, pembinaan, perbankan dan perkhidmatan hotel.– Bernama

Continue Reading

Previous: Niaga hadapan MSM dijangka diniagakan mendatar minggu depan
Next: Rumah Terbuka Gawai 2025 Proton e.Mas Kuching-Ghee Hua meriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.