Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hasbi gesa penyaluran bantuan lebih efisien, menyeluruh
  • Utara
  • WILAYAH

Hasbi gesa penyaluran bantuan lebih efisien, menyeluruh

Utusan Sarawak 12 hours ago
CERIAKAN GAWAI… Datuk Hasbi Habibollah menyampaikan sumbangan hamper dan wang tunai kepada penerima.

LIMBANG: Agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat digesa terus proaktif dalam menyalurkan segala bantuan bagi memastikan segala bantuan kerajaan dapat diagihkan kepada mereka yang layak.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata banyak bantuan dan program yang disediakan kepada rakyat yang memerlukan bagi membantu meringan beban, selain agenda untuk meningkatkan pendapatan negeri.

“Banyak bantuan yang disediakan kerajan tetapi dalam kita menyalurkan bantuan, agensi kerajaan mempunyai tanggungjawab memastikan segala dasar kerajaan dapat dilaksanakan termasuk bantuan kerajaan.

“Ini penting bagi memastikan segala bantuan ini dapat disalurkan kepada mereka yang layak, semua tanggungjawab ini digalas bersama agensi kerajaan lain dan ketua masyarakat,” katanya pada majlis Sejambak Kasih Gawai Tahun 2025 di Dewan Kampung Bunga Raya semalam.

Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang mahu semua agensi kerajaan membantu mereka yang memerlukan, selaras dengan prinsip keadilan sosial dan kesejahteraan bersama.

Katanya lagi, perayaan Gawai Dayak bukan sahaja lambang kejayaan musim menuai, tetapi juga peluang untuk kita mengeratkan silaturahim, mengukuhkan perpaduan dan menghargai warisan budaya masyarakat Dayak di Sarawak yang kaya dan unik.

Katanya majlis Sejambak Kasih merupakan salah satu inisiatif murni kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyantuni golongan yang memerlukan bantuan dan perhatian, khususnya dalam musim perayaan.

“Saya berharap bantuan dan sumbangan yang disampaikan hari ini sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Gawai Dayak tahun ini, dan menjadi tanda bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat,” kata beliau lagi.

Pada majlis itu seramai 100 penerima bantuan hadir terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat – warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal, serta golongan berpendapatan rendah.

Turut sama ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Limbang, Abang Ahmad Ibrahim Abang Abdul Rahman.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Segerakan sambungan air, elektrik di Anjung Usahawan Medamit – Hasbi
Next: Lex Series kembali di Hab Inovasi Digital Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.