Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Mahkamah Perancis jatuhkan hukuman dalam kes rompakan Kim Kardashian
  • HIBURAN

Mahkamah Perancis jatuhkan hukuman dalam kes rompakan Kim Kardashian

Utusan Sarawak 15 hours ago
SELEBRITI AS Kim Kardashian (tengah) meninggalkan Mahkamah Jenayah bersama ibunya, Kris Jenner (kanan), selepas memberi keterangan dalam perbicaraan berhubung rompakan pada 2016 yang menyaksikan barang kemas miliknya bernilai jutaan dolar telah dirompak. Foto AFP

PARIS: Sebuah mahkamah Perancis pada Jumaat mensabitkan lapan individu berkaitan kes rompakan terhadap selebriti Amerika Syarikat, Kim Kardashian pada 2016 selepas perbicaraan berprofil tinggi di Paris, lapor agensi berita Jerman dpa.

Tujuh daripadanya dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga lapan tahun, manakala sebahagian hukuman digantung pelaksanaannya.

Seorang lagi dikenakan denda, manakala dua tertuduh dibebaskan.

Pertuduhan terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita itu merangkumi rompakan bersenjata, pemilikan senjata secara haram, pengurungan secara tidak sah serta pemalsuan dokumen.

Media Perancis menggelar kumpulan ini sebagai ‘grandpa robbers’ kerana purata usia mereka mencecah 60 tahun.

Kesemua tertuduh dibicarakan sejak akhir April lalu.

Kardashian, 44, diserang pada malam 3 Oktober 2016 di sebuah kediaman mewah di Paris.

Perompak berkenaan melarikan barang kemas bernilai beberapa juta euro yang sehingga kini masih belum ditemukan.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: ‘Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun’ 27 September depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.