Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 20 Warga asing ditahan di Sarikei
  • JENAYAH

20 Warga asing ditahan di Sarikei

Utusan Sarawak 17 hours ago
SERAMAI 20 orang warga asing telah berjaya ditahan dalam operasi, Ops Sapu dan Ops Mahir yang dijalankan pada 21 dan 22 Mei, semalam. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS)

SARIKEI: Seramai 20 orang warga asing telah berjaya ditahan dalam operasi, Ops Sapu dan Ops Mahir yang dijalankan pada 21 dan 22 Mei, semalam.

Operasi tersebut melibatkan 14 orang pegawai dari Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Sarikei yang menjalankan pemeriksaan di pelbagai lokasi sekitar Sarikei dan Julau.

“Dalam serbuan ini, seramai 40 individu telah diperiksa, dan 20 warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen. Kesemua individu yang ditahan adalah lelaki,” kata kenyataan itu.

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak (JIMS) ingin mengingatkan orang ramai agar tidak menggaji atau melindungi warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pas yang sah.

Katanya, kerjasama daripada komuniti amat penting dalam memastikan undang-undang imigresen sentiasa dipatuhi.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspects caught for possession of stolen motorcycle
Next: Ops Sapu, Ops Mahir: 20 warga asing ditahan di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.