Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Herry kecewa keputusan kontroversi umpire cemari penyingkiran Khai Xing-Aaron
  • SUKAN

Herry kecewa keputusan kontroversi umpire cemari penyingkiran Khai Xing-Aaron

Utusan Sarawak 13 hours ago
KETUA jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi jelas kecewa terhadap keputusan kontroversi yang mencemari penyingkiran beregu muda negara Kang Khai Xing-Aaron Tai pada aksi pusingan kedua Masters Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini semalam.

Biarpun kali pertama beraksi di Masters Malaysia, juara remaja dunia 2024 itu berjaya mengheret perlawanan sehingga ke rubber set, menentang pilihan ketujuh dari Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard, sebelum tumpas 10-21, 26-24, 16-21 dalam perlawanan di Gelanggang 2 yang mengambil masa 67 minit .

Herry mendakwa terdapat sekurang-kurangnya tiga keputusan kontroversi yang memberi kesan langsung terhadap keputusan akhir perlawanan, termasuk insiden bulu tangkis yang dikira masuk walaupun jelas keluar.

“Sebab tiga kali (keputusan) … satu keluar dikira masuk, masuk satu keluar lagi. Pengadil garisan di belakang sudah kira keluar tapi umpire kira masuk.

“Tetapi yang ketiga (set ketiga) dia (umpire) kira touch bulu tangkis. Kita sudah tengok rakaman tapi tak ada touch. Walaupun bulu tangkis menuju ke Aaron namun dia berjaya elak. Kalau itu memang keluar ia jadi 13-14. Sebab itu dia (umpire) anggap touch jadi 15-12. Bagi saya, umpire kurang adil,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Lebih malang, gandingan nombor 58 dunia itu tidak dapat mencabar semula keputusan itu kerana sistem semakan hanya disediakan di Gelanggang 1.

Herry pada masa sama berkata keputusan berkenaan jelas memberi tekanan emosi kepada Khai Xing-Aaron memandangkan mereka berdua masih muda.

Justeru, beliau berharap pasangan ke-58 dunia itu dapat bangkit melupakan pengalaman pahit di gelanggang sendiri.

Jurulatih dari Indonesia itu juga mahu Persatuan Badminton Malaysia mengemukakan bantahan rasmi terhadap keputusan kontroversi dilakukan umpire kepada Persekutuan Badminton Dunia, selepas ini.

Kjaer-Sogaard akan berentap di peringkat suku akhir hari ini menentang satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas pilihan keempat itu menumpaskan wakil Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han, 21-13, 21-16.– Bernama

Continue Reading

Previous: Empat pemain Malaysia sertai ASEAN All-Stars menentang Manchester United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.