Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • DUN: Penduduk Gunung Ngeli terancam susulan tanah runtuh berulang
  • Selatan
  • WILAYAH

DUN: Penduduk Gunung Ngeli terancam susulan tanah runtuh berulang

Utusan Sarawak 1 day ago
AWLA Dris (GPS – Simunjan) ketika berucap dalam perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

PETRA JAYA: Penduduk di sekitar Gunung Ngeli, Simunjan kini berdepan ancaman keselamatan serius susulan kejadian tanah runtuh berulang di kawasan bekas lombong arang batu yang kini dimajukan sebagai kawasan pertanian.

Awla Dris (GPS – Simunjan), berkata insiden tanah runtuh yang berulang dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini amat membimbangkan, terutama apabila melibatkan cerun curam yang tidak stabil serta berhampiran penempatan penduduk.

“Tanah runtuh ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan penduduk yang mengusahakan kebun, malah boleh membawa kesan lebih besar sekiranya tidak ditangani segera.

“Struktur tanah di kawasan bekas lombong seperti Gunung Ngeli sememangnya berisiko tinggi, apatah lagi apabila ia dibangunkan semula untuk aktiviti pertanian,” katanya ketika berucap dalam perbahasan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Menurutnya, laporan awal kejadian telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan dan Majlis Daerah Simunjan.

Namun begitu, agensi tempatan berdepan kekangan dari segi kepakaran dan kewangan bagi melaksanakan tindakan susulan yang berkesan.

“Majlis Daerah Simunjan tidak mempunyai kapasiti teknikal mahupun peruntukan untuk menangani isu geoteknikal yang kompleks ini.

“Justeru, saya merayu kepada kerajaan negeri agar menyediakan sokongan teknikal serta peruntukan mencukupi bagi membolehkan kajian geoteknikal dan langkah mitigasi dijalankan segera,” ujarnya.

Awla turut menegaskan bahawa pembangunan semula kawasan bekas lombong perlu disertai dengan kajian teknikal terperinci, termasuk penilaian kestabilan tanah, bagi mengelakkan risiko bencana alam seperti tanah runtuh dan hakisan.

“Kita tidak mahu menunggu sehingga tragedi berlaku sebelum bertindak.

“Keselamatan rakyat harus menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Awla turut mencadangkan agar kerajaan negeri menggubal garis panduan khusus bagi pembangunan semula kawasan bekas lombong di seluruh Sarawak, bagi memastikan insiden yang mengancam nyawa dan mata pencarian penduduk luar bandar dapat dielakkan.

Gunung Ngeli pernah menjadi lokasi perlombongan arang batu sebelum operasinya dihentikan.

Kawasan tersebut kini diusahakan sebagai tanah pertanian berskala kecil oleh penduduk setempat.

Difahamkan, beberapa kejadian tanah runtuh telah berlaku sejak awal tahun ini, mengakibatkan struktur cerun menjadi tidak stabil dan mengancam laluan ke kawasan kebun.

“Saya mohon agar tindakan segera diambil sebelum tibanya musim hujan yang seterusnya.

“Kita tidak mahu penduduk terus hidup dalam kebimbangan setiap kali langit mendung,” tambahnya.

Oleh Amanda L.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN: Desak naik taraf infrastruktur, status pentadbiran Belaga demi kesejahteraan rakyat
Next: DUN: Dua kali gagal siap, Klinik Kesihatan Long Napir terus jejas penduduk Ulu Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.