Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak perkukuh hubungan budaya antarabangsa menerusi lawatan ke ibu pejabat UNESCO
  • SEMASA

Sarawak perkukuh hubungan budaya antarabangsa menerusi lawatan ke ibu pejabat UNESCO

Utusan Sarawak 1 day ago

PARIS: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya di persada antarabangsa melalui lawatan hormat ke Ibu Pejabat UNESCO di sini, sebagai tanda komitmen berterusan dalam memelihara warisan dan memupuk hubungan erat antara rakyat, budaya dan alam sekitar.

Dalam pertemuan bersama Timbalan Pengarah Pusat Warisan Dunia UNESCO, Jyoti Hosagrahar, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, berkongsi visi negeri untuk menyelaraskan pembangunan budaya dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Negeri Sarawak (PCDS).

Beliau turut menekankan kepentingan Indikator Budaya | 2030 UNESCO sebagai panduan dalam merangka dasar pembangunan mampan berasaskan budaya.

Satu pencapaian penting yang turut disentuh adalah pengiktirafan Taman Negara Gua Niah sebagai Tapak Warisan Dunia, satu pengiktirafan yang bukan sahaja mengangkat nilai warisan komuniti tempatan, tetapi juga membuka ruang untuk memperkukuh amalan lestari, khususnya dalam bidang kraf tangan yang menjadi sumber ekonomi masyarakat setempat.

Pertemuan turut melibatkan Setiausaha Konvensyen bagi Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara, Fumiko Ohinata, dengan fokus kepada usaha Sarawak mencalonkan elemen-elemen warisan budaya tidak ketara yang diamalkan oleh 34 kumpulan etnik di negeri ini.

Antara inisiatif utama ialah pencalonan projek Fort Trails sebagai warisan budaya tidak ketara di bawah senarai UNESCO.

Fort Trails merangkumi laluan sejarah yang menghubungkan 23 kubu peninggalan era Brooke. Walaupun hanya 14 kubu yang masih kekal dan telah diwartakan, nilai sejarah dan kisahnya terus hidup menerusi penceritaan lisan yang diwarisi turun-temurun, mengukuhkan identiti budaya masyarakat Sarawak.

Pencalonan ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), serta Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO.

Lawatan ini mencerminkan dedikasi Sarawak untuk terus menyumbang dalam rangka kerja budaya global dan melindungi warisan sebagai asas kepada identiti, kelestarian serta pembangunan inklusif.

Turut hadir dalam sesi perbincangan itu ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO, Shahrizal Norwawi dan, Kaunselor Delegasi Malaysia, Miandy Munusamy.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: Jumlah sebenar kerusi tambahan untuk Sarawak, persempadanan semula belum dimuktamadkan – Sharifah Hasidah
Next: DUN: Adam Yii Cadang Pindaan Ordinan Elektrik, penambahbaikan perkhidmatan awam di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.