Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiga masjid utama JAKIM adakan solat hajat, doa Qunut Nazilah untuk Palestin
  • NASIONAL

Tiga masjid utama JAKIM adakan solat hajat, doa Qunut Nazilah untuk Palestin

Utusan Sarawak 1 day ago
PENDUDUK Palestin berbaris untuk menerima hidangan panas di pusat pengedaran makanan di kejiranan Al-Rimal di Bandar Gaza di tengah Semenanjung Gaza pada 21 Mei 2025 lalu. Penduduk Gaza sangat menantikan bekalan penting pada 21 Mei selepas Israel berkata ia membenarkan masuk berpuluh-puluh trak PBB tetapi menghadapi tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk meningkatkan aliran bantuan dan meninggalkan kempen ketenteraannya yang semakin giat. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Tiga masjid utama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan doa kepada rakyat Palestin.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee menyeru rakyat Malaysia menzahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza yang terus dilanda situasi tragik.

“(Rakyat Palestin) saban hari dizalimi serta diserang dengan kejam tanpa sedikit pun rasa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAKIM konsisten dalam menyokong pendirian Kerajaan MADANI yang tegas membela kedaulatan negara umat Islam, khususnya Palestin serta terus membantu rakyatnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

“Adalah diseru agar umat Islam bersatu hati memohon pertolongan Allah SWT agar melindungi saudara-saudara kita di sana serta pembebasan bumi al-Quds. Semoga dengan usaha sekecil ini akan dipandang tinggi di sisi Allah SWT,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Next: Nurul Izzah dahului persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.