Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • ‘Tiada Istilah Hero Tua’ – Rosyam Nor
  • HIBURAN

‘Tiada Istilah Hero Tua’ – Rosyam Nor

Utusan Sarawak 1 day ago
PENERBIT dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor bergambar ketika ditemui selepas majlis pelancaran treler filem Keluang Man di Aurum Theatre, TRX baru-baru ini. Rosyam berpendapat istilah “hero tua” tidak sepatutnya wujud dalam kamus perfileman kerana watak utama dalam sesebuah naskhah boleh dijayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor berpendapat istilah ‘hero tua’ tidak sepatutnya wujud dalam kamus perfileman kerana watak utama dalam sesebuah naskhah boleh dijayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Menyifatkan bakat sebagai anugerah yang tidak lapuk dek zaman, Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 58, meletakkan harapan agar lebih ramai pelakon senior diberi peluang untuk terus menyinar di layar perak.

“Orang kata kalau saya berlakon jadi hero, dikatakan hero tua., saya sangkal. Hero tidak ada tua atau muda. Kalau dia hero, dia tetap hero. Contohnya, ayah kita, adakah kita akan panggil ayah tua? (apabila meningkat usia). Tak ada kan?

“Begitu juga dalam filem, walaupun usianya 70 tahun sekalipun, dia masih boleh jadi hero. Itu yang saya selalu suarakan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran trailer filem Keluang Man, baru-baru ini.

Rosyam yang dikenali dengan julukan ‘Hero Malaya’, berkata bakat lakonan aktor berpengalaman masih relevan dan mampu menyuntik nilai tambah kepada sesebuah produksi, terutamanya apabila digandingkan dengan pelakon generasi baharu.

“Oleh itu, beri peluang kepada kami, contohnya dalam filem aksi. Kami sudah ada kelompok peminat tersendiri, dan apabila digabungkan dengan pelakon muda, ia mampu menarik dua kelompok penonton, yang lama dan baharu,” katanya.

Mengambil contoh kejayaan filem Hindi Mohabbatein yang menggandingkan Amitabh Bachchan dan Shah Rukh Khan, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 itu berkata pendekatan sedemikian memperlihatkan kepelbagaian generasi dalam karya arus perdana serta menarik spektrum penonton yang lebih luas.

Katanya gabungan generasi bukan sahaja memberi ruang kepada pelakon lama terus menyinar, malah membuka peluang kepada peminat pelbagai usia untuk kembali ke pawagam.

“Ada filem yang terlalu menjurus kepada generasi muda sehingga peminat lama yang membesar bersama-sama kami dahulu seakan-akan terpinggir kerana tiada lagi genre atau figura yang mereka boleh tonton di pawagam,” katanya.

Mengulas penglibatannya dalam filem adiwira tempatan Keluang Man, beliau mengakui berbangga diberi ruang beraksi dalam karya arahan Anwari Ashraf itu, yang diangkat daripada animasi ikonik era 1990-an.

“Ini filem adiwira pertama saya… ia satu kebanggaan kerana dibuat oleh generasi pengarah muda, diadaptasi daripada naskhah lama dan dipersembahkan dalam bentuk layar besar. Set pembikinannya pun saya rasa antara yang paling hebat dalam sejarah filem tempatan,” katanya.

Rosyam turut meminta penonton filem tempatan agar terus menyokong karya tersebut kerana selain membangkitkan nostalgia generasi lama, filem tersebut turut memperkenalkan legenda tempatan kepada generasi baharu.

Dalam filem itu, Rosyam bergandingan dengan beberapa lagi pelakon hebat tanah air, antaranya Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas-T, Datuk Remy Ishak, Shweta Sekhon, Anwaar Beg Moghal, Halim Othman dan Amelia Henderson.

Keluang Man akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini. — Bernama

Continue Reading

Previous: Datuk M. Nasir pertimbangkan tawaran lakonan
Next: ‘Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun’ 27 September depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.