Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malaysia sahkan tempat separuh akhir beregu lelaki Masters Malaysia
  • SUKAN

Malaysia sahkan tempat separuh akhir beregu lelaki Masters Malaysia

Utusan Sarawak 9 hours ago
AKSI atlet beregu negara, Nur Izzudin (kiri) dan Goh Szi Fei (kanan) ketika menentang pemain Taiwan, Chen Zhi Ray dan Lin Yu Chieh pada perlawanan kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan tempat ke separuh akhir beregu lelaki Masters Malaysia 2025 apabila pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dijadual menentang rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun pada aksi suku akhir esok.

Pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini, Sze Fei-Nur Izzuddin yang juga pilihan kedua kejohanan bangkit daripada permulaan kurang meyakinkan sebelum pasangan bukan pilihan dari Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh 21-19, 21-13 dalam masa 30 minit.

Nur Izzuddin mengakui mereka boleh beraksi lebih baik terutama dalam set pertama menentang pasangan No. 38 dunia itu, manakala Sze Fei pula menyifatkan taktikal jurulatih serta sorakan padu penyokong tempatan sebagai tonik kepada kemenangan mereka.

“Perlawanan esok pasti berbeza, tetapi saya yakin kedua-dua pasangan akan memberikan aksi terbaik,” kata Sze Fei mengenai pertemuan ketiga mereka dengan Wei Chong-Kai Wun.

Sementara itu, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-17, 21-13 dalam masa 32 minit.

Kai Wun meluahkan rasa lega apabila berjaya melepasi pusingan awal selepas tersingkir awal dalam tiga kejohanan terdahulu – Masters Orleans, All England dan Terbuka Thailand.

Menjelang aksi suku akhir esok, Wei Chong mengakui mereka berdepan cabaran getir dan berharap dapat tampil lebih konsisten, selepas tewas dua kali kepada Sze Fei–Nur Izzuddin yang merupakan naib juara Final Jelajah Dunia BWF 2024.

Wei Chong-Kai Wun tewas 13-21, 17-21 pada pusingan pertama Terbuka Jerman 2022 dan sekali lagi kecundang 19-21, 18-21 di suku akhir Terbuka China 2024.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Iskandar akui ditawarkan berkhidmat di tanah air
Next: Masters Malaysia 2025: Pearly-Thinaah mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.