Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Press Metal catat untung bersih suku pertama lebih tinggi kepada RM461.76 juta
  • BISNES

Press Metal catat untung bersih suku pertama lebih tinggi kepada RM461.76 juta

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Press Metal Aluminium Holdings Bhd (Press Metal) bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 (S1 2025) meningkat 13.2 peratus kepada RM461.76 juta daripada RM408.03 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Peningkatan tersebut terutamanya disebabkan oleh harga logam yang lebih tinggi dan sumbangan keuntungan yang lebih kukuh daripada syarikat bersekutu.

Selain itu, perolehan turut meningkat sebanyak 7.8 peratus kepada RM3.89 bilion daripada RM3.61 bilion disebabkan oleh harga logam yang lebih tinggi pada suku tahun semasa dalam kajian.

“Disokong oleh sumbangan yang lebih baik daripada syarikat bersekutu, keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat pada kadar yang lebih pantas daripada perolehan, naik sebanyak 13.2 peratus kepada RM461.77 juta pada S1 TK2025,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Press Metal mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 2.0 sen sesaham untuk S1 2025, dibayar pada 24 Jun, 2025.

Jumlah itu adalah lebih tinggi berbanding 1.75 sen yang diumumkan pada S1 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Paul Koon berkata masih wujud ketidakpastian mengenai dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan bagaimana ia akan terungkai selepas ditangguhkan selama 90 hari, ketika rundingan antara AS dan pelbagai negara sedang berlangsung.

Beliau berkata pada ketika ini, penilaian menyeluruh dan kesannya ke atas ekonomi secara meluas serta permintaan pengguna boleh dianggap terlalu awal.

“Kita mungkin memasuki tempoh kejutan bekalan yang lebih kerap dan gangguan kepada rantaian bekalan global, yang berpotensi membentuk semula aliran perdagangan aluminium global.

“Bagaimanapun, masih ada peluang bagi produk aluminium rendah karbon kami dan penempatan semula operasi pembuatan di rantau ini,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Unit DNeX, Shanghai E&P meterai HOA sedia penyelesaian fasilitasi dagangan rentas sempadan
Next: Panel pengurus dana luar KWSP catat sumbangan 24 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.