Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • UPMKB latih pelajar guna teknologi canggih dalam pemetaan pascabanjir
  • PENDIDIKAN

UPMKB latih pelajar guna teknologi canggih dalam pemetaan pascabanjir

Utusan Sarawak 1 day ago
PELAJAR UPMKB turut serta semasa operasi pemetaan RTK dan LiDAR pascabanjir di Kampus Bintulu, baru-baru ini. Foto UPMKB

BINTULU: Tujuh pelajar dari program Ijazah Sarjana Muda Sains Bioindustri Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) mendapat peluang pengalaman dunia sebenar apabila terlibat secara langsung dalam operasi pemetaan pascabanjir menggunakan teknologi Real-Time Kinematic (RTK) dan Light Detection and Ranging (LiDAR), baru-baru ini.

Mereka merupakan pelajar yang mengikuti kursus elektif Pertanian Ketepatan di bawah bimbingan pakar kejuruteraan geomatik dari Institut Sains Ekosistem Borneo (IEB), Dr Wan Nor Zanariah Zainol yang turut serta dalam operasi lapangan sebagai tenaga pengajar dan pakar teknikal.

Menurut beliau, penglibatan aktif pelajar dalam misi lapangan berkenaan membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar.

“Saya berasa bangga dengan komitmen pelajar saya yang memanfaatkan peluang pembelajaran dunia sebenar ini. 

“Penglibatan dan keupayaan mereka menyesuaikan diri dalam penggunaan alat geospatial dan teknologi pertanian ketepatan menunjukkan perkembangan pembelajaran yang baik serta berjaya menghubungkan teori dengan aplikasi praktikal di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sepanjang operasi, pelajar didedahkan kepada teknologi pemetaan berketepatan tinggi yang digunakan oleh pasukan Jabatan Kerja Raya (JKR) termasuk sistem RTK dan LiDAR. 

Mereka turut berpeluang mengendalikan perisian pemetaan profesional seperti Global Mapper, DJI Terra dan Agisoft bagi memproses dan mentafsir data geospatial masa nyata.

Pelajar juga terlibat dalam sesi pemantauan kawasan terjejas di sekitar kampus termasuk pengumpulan data topografi untuk analisis perubahan bentuk muka bumi akibat banjir.

Pengalaman seumpama itu bukan sahaja memperkaya pembelajaran pelajar dari aspek teknikal dan analitik, malah menanam nilai tanggungjawab sosial dan kesedaran terhadap perubahan iklim serta pengurusan risiko bencana.

Pendedahan tersebut mencerminkan usaha UPMKB untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir secara teori, tetapi juga bersedia untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan mampan dan pengurusan alam sekitar negara.

Operasi pemetaan pascabanjir menggunakan teknologi RTK dan LiDAR di UPMKB telah dilaksanakan oleh pasukan teknikal khas dari Ibu Pejabat JKR dengan kerjasama JKR Cawangan Bintulu. 

Operasi berkenaan melibatkan jurutera awam dan pegawai teknikal yang menjalankan pemantauan serta demonstrasi teknologi geospatial bagi menilai kesan banjir dan menyokong perancangan mitigasi jangka panjang.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Biasiswa Antarabangsa MC Kul kukuh jalinan akademik, industri Sarawak
Next: UNIMAS, UKAS jalin kerjasama perkasa pendidikan fleksibel dan APEL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.